ADVERTHOLOGY

Saturday, March 24, 2012

perihal jam tangan





Apabila miss beautiful memperuntukkan seutas jam tangan untuk saya di dalam salah satu dulang hantarannya nanti, maka sejak sebulan yang lepas saya sudah mula membuat tinjauan harga harga jam dan design jam tangan yang terkini. Hampir keseluruhan pasaraya yang berdekatan dan tidak berdekatan saya jelajahi. Tinjauan dilakukan juga melalui internet dan majalah majalah yang sempat diselak.


Sebenarnya bukan perihal jam tangan apa yang saya beli dan berapa harganya yang ingin saya utarakan di sini kerana saya sendiri masih belum membuat keputusan mengenainya. Tetapi lebih kepada penemuan yang mengejutkan dan membimbangkan ahli koperasi sekolah sekolah menengah dan pakar ekonomi seluruh dunia. Ok, ayat yang last ni tiada kene mengena :-)


Hasil tinjauan saya mendapati harga jam tangan yang dijual di dalam pasaraya seperti Parkson, Metrojaya dan Jusco adalah lebih murah berbanding harga jam tangan yang dijual di kedai atau butik jam tangan persendirian. Walaupun dari jenama dan design yang sama tetapi perbezaan harganya adalah ketara.


Tinjauan di internet pula didapati segala display jam tangan mesti menunjukkan jarum pada pukul 10:10 minit. Pagi atau malam tak tahu pula saya. Kalau tak percaya rakan rakan boleh check sendiri kat mana mana iklan jam tangan ye. Jangan malas.






armani exchange


police watch eclipse




Mengapa ini berlaku? Malas pula saya memikirkannya. Jangan ada yang bagi komen mengatakan bahawa ini semua adalah dakyah barat iaitu agenda freemason dan illuminiti sudah. Nak kena terajang?

16 comments:

Tinta Lana said...

hahahahh, ayat last tu tak leh tahan, pa terajang2 ni abgwan, nak kawen2 dah ni,hehe.

Ya, lana pun baru2 ni sempat jengah butik jam dibangi.. jangankan harga jam, harga servis spt potong jam pun, macam harammmm..

Maybe takda sesiapa yang persoalkan perkara ni. Dan sebab tu agaknya, ad perbezaan harga yg agak besar disitu.

aamalinaazman said...

hahhahaa
baru nak komeng cm tu
hihihi


tapi mang simptom nye cm tu ehhh
hehehehee

blog-tips-kurus said...

10:10 kan jam berjarum mula dicipta/berfungsi kan??

belilah jam yg lawan arah jam.. :)

Unknown said...

jusco slalu buat sale jam polo.. :)

hmm malas nk pk psl agenda israel ni.. :)

Annisa said...

tanda 10:10 pada jam maksudnya simbol senyum :)

Unknown said...

hahaha aku dah bosan dan baca pasal konspirasi freemason ngan illuminati ni...sikit sikit konspirasi...adehh....come onlaaa...

Unknown said...

i folo

whitecappuccino said...

oh! macam tu ker? nanti nak check!

whitecappuccino said...

Eh! betulla..kebanyakkan menunjukkan waktu yg sama cuma ada beberapa yang tunjuk waktu berlainan..

caliph shuriken said...

klau 10:10 tu slalu jgak tgk kt kedai2 jam.. bila cukup masa, semua bunyi serentak ^^

~Cik Sweety~ said...

haha..dari dulu pun sya mmg persoalkan ttg satu hal ne..nape ekk??

LadyBird said...

sebab pukul 10.10 tu menandakan smiley :).. hihihihi.. lady pernah terbaca kat mane nth zaman kecik2 dulu :P

ghost said...

ada duit lebih belilah yang mahal sikit, crocodile pun menarik beb.

Yana Halim said...

ye...ini adalah dakyah barat. ada unsur2 illuminati di situ bila asyik display pukul 10.10. Diorang nak lancarkan armageddon pada tarikh tersebut kot. HAHAHA... :p

AJ said...

yang aku faham, jejarum yang menunjukkan 10:10 adalah simbol kesamaan dan kesempurnaan.

waktu itu, jam secara fizikalnya berada pada simetri yang sama (balance) dan juga pada bacaan yang sama (10=10).


dan tentu juga, itu tanda waktu sedang 'senyum' pada anda.

itu yang aku tahu; dan tentu itu yang aku percaya.

sekadar berkongsi.


dan yang dilengan aku sendiri pemberiaan dia; sang Isteri.

*senyum*

NIZAM said...

HAHAHAHA.

iluminati? kelakar.

10.10 tu sbb no.die cantik ok. senang orang nak baca. 1st impression. design nampak balance. user pun tak pening nak tafsirkan jam kul bp.