ADVERTHOLOGY

Saturday, March 17, 2012

sembang sabtu : antara mempertahankan hak dan menjadi budiman


Menaiki tren seawal 6:40 pagi di stesen UKM sahaja sudah sukar melihat kerusi kerusi yang masih tidak bertuan. Senario yang tipikal di kala waktu puncak manusia pergi bekerja mencari rezeki. Selalunya saya terpaksa berdiri sehingga ke stesen Putra di mana di situ rata rata penumpang tren sudah tiba di lokasi perhentian mereka. Ketika itu barulah saya merasa duduk di kerusi tren yang tidaklah seempuk mana tetapi masih ada ruang keselesaan untuk saya meneruskan destinasi saya ke Rawang.

Petangnya pula bergegas dari pejabat bagi memastikan saya tidak terlepas tren 6:15 petang. Sebagai hentian pertama, tiada masalah untuk saya mendapatkan tempat duduk bagi menghayati perjalanan yang lebih selesa untuk ke stesen UKM.

Setiap satu tren (yang lama) mempunyai 3 gerabak yang mana di gerabak tengah disediakan gerabak yang dikhaskan untuk wanita sahaja yakni 'koc wanita'. Golongan golongan wanita boleh menggunakan keistimewaan initanpa perlu risau kepada gangguan seksual yang sering mereka kecoh kecohkan. 

Namun begitu, kesesakan diwaktu puncak ketika warga kota pulang bekerja sememangnya tidak dapat dielakkan. Ketara sekali apabila tren mengambil penumpang di stesen Putra, Bank Negara, Kuala Lumpur, KL Sentral dan Mid Valley. Gerabak mana sekalipun pasti sesak apatah lagi tren hanya datang 30 minit sekali dan mereka mereka ini mengejar masa untuk pulang ke rumah awal.

Masalahnya mula timbul apabila golongan golongan yang telah diberikan keistimewaan ini ada antaranya lebih gemar bersesak di gerabak biasa berbanding 'koc wanita' yang telah dikhaskan untuk mereka. Kerana apa? Kerana soal prihatin itu tidak akan wujud jika mereka ini berada bersama sama rakan sejantina mereka. Golongan wanita ini lebih gemar bersesak di dalam gerabak biasa dengan harapan dapat meraih simpati kaum lelaki untuk mendapatkan tempat duduk. Berharap ada yang bersifat budiman memberikan mereka tempat duduk.

Sekarang mungkin ada yang menganggap saya bukanlah seorang lelaki yang budiman. Maaf, budiman itu bagi saya sangat luas perspektifnya dan memberi wanita tempat duduk tidak secara 100% menjadikan seorang lelaki itu sebagai lelaki budiman. Saya tidak bercakap mengenai wanita mengandung, warga emas dan warga OKU yang sememangnya mempunyai tempat di dalam tren dan sepanjang pengamatan saya golongan ini sememangnya tidak diabaikan dan sertai diberi ruang untuk duduk. Saya menulis perihal wanita yang saya lihat dan anggap masih muda dan bertenaga.

Golongan golongan wanita telah diberi keistimewaan dengan adanya 'koc wanita' seperti itu tetapi jika mereka mereka ini turut ingin menguasai gerabak yang lain, bagaimana pula dengan hak golongan lelaki seperti saya di dalam tren tersebut? Yang turut membeli tiket pada harga yang sama.

Makanya selain daripada 'koc wanita' yang telah menjadi hak milik mutlak kaum wanita, 2 lagi gerabak yang tinggal adalah lebih kepada bersifat 'siapa cepat, dia dapat' tanpa mengira jantina. Tak perlulah untuk buat muka 'sepuloh sen' dan mengeluh sana sini menagih tempat duduk. Atau mereka sebenarnya memerlukan sebuah tren khas untuk wanita sahaja? Arghhh, selepas ini apa pula keistimewaan yang akan diberikan. Bukankah golongan golongan ini juga yang mencanang canangkan dasar 'kesamarataan' ?


ps : penulisan ini adalah sekadar pendapat dari pengamatan penulis. no offences

23 comments:

SN said...

selalu gak ulang alik,sometimes koc perempuan penuh sngt smpi tak dan nak terjah masuk,ade la sekali 2 masuk koc bese...

p/s :blm penah lg wat mke kesian.hehe

s a r said...

haha. ok. no offence.

memang macam tu la gamaknya masy kita.

macam biasalah. lagi best bila kelihatannya lebih ramai pengguna kaum hawa, maka satu koc tak cukup. hee.

konsep budiman? erm... setujulah dengan kata2 mu itu. budimanmu bertempatlah tu. tapi tidak lupa juga kepada si lelaki yang 'tersangat menunjuk budimannya' apabila beri tempat duduk kepada awek cun SAHAJA. ahah. budimanlah sangat! :D

~ok. no offence encik penulis. hee :)

Unknown said...

hmmm... tiada istilah gentle man dalam berebut seat.. kene sedar dan beruntung dengan kewujudan koc wanita tu... elok untuk mereka sesama mereka...

bagus2.. memandang sekeliling dengan pandangan mata hati... pasal pengalaman naik tren pun boleh jadi satu entry yg menarik... syabas!

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/soledad.html

jemput kunjung...

Unknown said...

hmm hanya pendapat.. :)

perjalanan pulang said...

salam saya tertarik dengan perkataan lelaki budiman

LadyBird said...

hihihihi.. kalau mcm tu wat muka seposen jerk.. :).. betul jugak ape yg awk tulis tu.. sy x pernah lagi naik tren.. tp msh bygkan kesesakannye seperti ikan sardin..

Telor Power said...

hahaha awek tu ada wat muka kesian minta simpati ke bro???

whitecappuccino said...

manfaatkan hak yg diberi dengan sepenuhnya..kalau tak, tak de maknanya keistimewaan itu.

L said...

who first, he deserve first.. haha

zati embong said...

jat rasa,kena tambah tren lagilah. kalau x,smpai bila2 x settle. pengangkutan awam yg kita byar,patutnya kena bg keselesaan pd penumpang.

Hanie Dew said...

hahaha.jeles nampak. kalau aku jadi wanita itu aku sanggup tunggu next train kalau koc wanita penuh. sbb aku pernah mengalami kenangan buruk naik ktm ni.

betul kata ko budiman itu sgt luas poerspekyif nya.

syafiqa said...

paling tak suka menunggu tren di kl sentral.lagi2 waktu ptg.
biasa nya tren yg ke 3,4 br dpt naik
-.- itu mungkin gatal nama nya.tak
guna kemudahan di beri.haha

syafiqa said...

baru2 ni aku di lawa menjadi perunding kew.islam.
dan kami di dedahkan dengan benda sebegini juga.riba.masalahnya,
masyarakat pandang remeh dan masih menolak mentah keislaman wpun tahu dan sedar conventional ada riba.

Unknown said...

ini tidak adil...hehe

AkuMuzikFilem said...

atas budi bicara juga.

perempuan ni, kalau sekarang bukan main lantang memperjuangkan hak samarata. yang ni taknak pulak samarata?

meletakkan sesuatu pada tempatnya itu yang adil

Alif Haris said...

agaknya lepas ni ada KTM untuk wanita sahaja ..haha

Tinta Lana said...

Hurmm.. topik yg menarik. Pengalaman sndiri berulang alik dari KTM Shah Alam ke KL Sentral, memg ada sbhgian wanita muda ni menjeling simpati pada kaum lelaki budiman yg dpt tmpt duduk.

Tapi, tak semua begitu rasanya. Lana rasa ad yg menghrp tmpt duduk sbg perlindungan. berlindung dari mata2 liar yg memandang. Tubuh2 sasa yg menghimpit. Golongan ini juga tak punya pilihan wlaupn da disediakan koc khas.

~manusia semakin ramai. Sediakan brapa koc lgi pun, blm tntu menjamin keselesaan semua pihak.

IntaNBerliaN said...

sy xpnh naik n xtaulah pulak camne situasi tu..

Unknown said...

haha setuju bro...bukan xnak jadi gentlemen...tapi dah memang sempit,panas,lembap,lambat...jadi sorry ladies...not at KTM. XD

bobiedanbad said...

sediakan juga gerabakkhas untuk lelaki, agar ada kesamarataan hihihihi :)

Azlan Strider said...

wahhh...bagus dan menarik entry nie..btw koc wanita kalau waktu puncak tak sesak ker??hehehe

Regards,
-Strider-

Bidadari Syurga said...

dah lama tak naik lrt sejak ada koc pompuan ni...... soon... bila jenjalan nanti aku nak rasa

ch000tz said...

Well kuasa pompuan hahahah