Friday, March 8, 2013

pengeluaran caruman KWSP (akaun2) untuk bayaran ansuran rumah




Jika anda mempunyai komitmen bulanan dalam membayar pembiayaan rumah, kini anda mempunyai pilihan untuk mengurangkan bebanan tersebut. KWSP menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan KWSP (akaun 2) untuk membayar ansuran bulanan rumah anda. Jika bayaran pembiayaan sudah ditetapkan melalui potongan gaji setiap bulan. Jumlah tersebut akan di 'refund' ke akaun simpanan anda.

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon kemudahan ini ialah :
  • Borang Pengeluaran KWSP 9P (AHL)
  • Kad Pengenalan atau passport jika bukan warganegara Malaysia
  • Salinan Muka Hadapan Akaun Bank yang tertera nombor akaun dan nombor kad pengenalan anda. Akaun bank anda mestilah aktif.
  • Surat Pengesahan/Penyata Baki Pinjaman Perumahan ( dikeluarkan oleh pihak bank pembiaya tetapi harus mengikut format yang telah ditetapkan oleh KWSP )
  • Surat Perjanjian Jual Beli Rumah.
Sebenarnya saya sekarang ni tengah dalam proses mengisi borang ni untuk tujuan yang telah dinyatakan seperti diatas. So, kongsi la sikit pasal info yang saya dapat tu. Manalah tahu jika rakan rakan ada yang sedang memikirkan cara nak meringankan bebanan komitmen hujung bulan tu. Boleh lah cuba cara ini. Lagipun duit dalam akaun KWSP tu memang duit kita. So, keluarkanlah jika kita memerlukannya. Untuk hari tua nanti duit dalam akaun 1 ada lagi. Kalau sempat dan panjang umur dapat juga merasa nanti :-)




43 comments:

smbotak said...

kwsp, aku nak puji sistem kat kaunter mereka yang dah jauh lebih baik berbanding dulu. pantas dan sistematik...

Amin A. R said...

Kalau tak sempst merasa..jgn disesalkan..pasangan dan ank tolong rasakan :)

My Little Diary said...

haah....betul sgt membantu kwsp ni...

Mia Kassim said...

Dah pernah keluarkan acc 2 dulu sebab nak beli rumah juga...hehe

Hazmin said...

Aku belum ada rumah lagi.. Hehe.. Nak beli umah pun belum mampu lagi rasanya ni.

inche hlovate said...

good info.. tapi kan.. KWSP akaun 2 aku baru ade bpe sen haha

AyueJean AJ said...

Alhamdulillah.....
Sekurang2nya ringan sikit nak membayo tu..... =D

Chic Na said...

kalau nak sambung belajar pun boleh keluarkan kan?

Rapunzeel Cikilolo said...

kwsp...

betul... aku lambat lagi baru boleh keluar...

Dezee said...

Wasiat jangan lupa tulis juga Male..tak tahu bilaa ajal jemput kita..bahagikan dengan percentage pun boleh juga.

Muttallif said...

Sangat betul tu, Kita boleh mengeluarkan KWSP(akaun 2) untuk membantu dalam membuat pembayaran bulanan rumah.

Tapi, ia hanya kepada sesiapa yang mempunyai akuan caruman dengan KWSP sahaja.

EZAN IDMA said...

kalau nak kawen? hekhek

Telor Power said...

Bagus ni. Boleh saya hebahkan pada rakan2 lain dan ahli keluarga ni. Mohon share bro

4feet8 said...

maksudnya boleh keluar setiap bulan utk byr bulanan rumah ke wan? kelirula.. sy pun ingat nak beli rumah lepas kahwin lah kot. komitmen besar nanti kalau beli sekarang. nak byr kete lagi, rumah lagi. kalau ada husband senang, boleh combine loan..

hanaahmad said...

perkongsian yang berguna. saya juga berkira-kira mahu membeli rumah dalam masa 2-3 tahun akan datang.

Papa Mifz said...

yup den pun hari tuh baru keluarkan, ringanlah sikit beban bulanan...:)

Ahsfantasy Ryu said...

menarik :)

Cik Zaitul said...

makna ye duit kwsp tolong bayarkan ke..
hmm..menarik jugak kan.. :)

caliph shuriken said...

bgus jgak ada option utk urusan cmni kn ^^

hanaahmad said...

jika perempuan mahu seiring lelaki, seharusnya tidak perlu wujudnya 'coach pink' di stesen komuter dan 'pink parking' di shopping complex.

> ini bukan isu perempuan. ini isu lelaki yang mendatangkan bahaya kepada perempuan. opsss ;p

Etuza Ezawarna said...

pernah dah juga saya keluarkan KWSP ni..membantu jika memerlukan...simpanan masa depan jga jika tak dikeluarkan...ada kemudahan gunakalah ikut saluran kan,...

Azlan Strider said...

terima kasih kerana share info nie..berguna gak untuk aku kalau nak beli umah nanti...

Regards,
-Strider-

LiNda said...

bgusla kwsp sekarang...dah menyenangkan rmai org :)

elly nadyra said...

Aku pun nk buat benda alah ni. Settle refinance aku buat!

intanfirdaus247 said...

good info...:)

ky nurus said...

klu suami yg beli rumh blh ke sy nk kluarkn acc 2 dgn sbb nk bntu suami byr proses belian rumh. blh ke???

ky nurus said...

klu suami yg beli rumh blh ke sy nk kluarkn acc 2 dgn sbb nk bntu suami byr proses belian rumh. blh ke???

the malay male said...

@ky nurus : x boleh, hanya penama yg beli rumah boleh keluarkan.

NVMname said...

Boleh bagitahu lebih lanjut tak macam mana nak keluarkan duit untuk kwsp sambung belajar ??.. saya ada pergi KWSP, diorang cakap tak boleh keluarkan duit tu.. cuma diorang tolong bayar kat tempat belajar tersebut tu pon diorang tak bayar instant... boleh tak kalau saya nak refund ke dalam akaun bank saya setelah saya buat pembayaran yuran ke IPTA tersebut ??? ...

the malay male said...

@nvmname : setiap semester pelajar akan bayar yuran semester, simpan resit bayaran dan isi borang pengeluaran wang kwsp untuk kwsp refund semula jumlah yang telah dibayar tersebut ke dalam akaun bank anda dengan menggunakan wang akaun 2 kwsp.

perlu lakukan perkara yg sama setiap semester. tak boleh buat lump sum payment.


harap2 dpt membantu.

NVMname said...

oohh, saya akan masuk UUM untuk buat degree 2/9 ni ... jadi resit yang saya buat pembayaran saya bagi kat mak saya untuk dia claim balik duit yang dibayar yuran kemasukan RM2032 tu?..

the malay male said...

@nvmname : hanya penama sahaja yg boleh claim duit kwsp tu. awak bayar yuran untuk belajar maka hanya awak boleh claim untuk claim semula duit dari kwsp menggunakan akaun kwsp awak bukan mak awak.

NVMname said...
This comment has been removed by the author.
NVMname said...

awak pasti ke yang tak boleh keluarkan dari akaun mak saya bagi tujuan pembiayaan pembelajaran saya ??... kenapa dalam borang yang mak saya ambik tu ada details untuk pembiayaan tanggungan ??.. yang saya tak pasti samada boleh claim balik duit yang saya bayar yuran menggunakan duit saya sendiri tu ...

the malay male said...

@nvmname : kalau boleh ok lah... u should try, pasal tanggungan tu saya tak pasti sebab dulu saya buat utk diri sendiri.

NVMname said...

Saya cuba, nanti saya post testimoni kat sini yer ... terima kasih :)

Hawa Shahida said...

salam, kalo nk claim yuran belajar document ape yg kne sertakn?
kalo byr kat bank, resit dr bank tu kne bwk tuk claim kat kwsp?

the malay male said...

@hawa : kalau tak silap, untuk permohonan kali pertama, perlu bawa surat tawaran belajar, dan salinan muka depan buku bank (untuk no akaun) dan slip dari bank tersebut... untuk permohonan kali kedua dan seterusnya, hanya slip bank diperlukan.

arecuam said...

as salam.. untuk pengeluaran membayar ansuran bulanan yang terbaru ni.. sy dengar KWSP da jadikan pengeluaran menjadi lebih mudah.. hanya perlu bawa ic dan juga statement bank berkaitan ansuran bulanan rumah tu. selebihnya akan diuruskan oleh pihak KWSP

vita min said...

Assalam. Terima kasih atas perkongsian info ini...

Sya_Merpati Putih 88 said...

owh mcm tu...sy baru tahu pasal benda nie..terima kasih sudi share info nie..

Mohd Farhan Abd Wahab said...

Kalau nk keluar kwsp akaun 2 tapi masih blm byr penuh( masih bayar inut progress) boleh ke?

ewanthology said...

@mohd farhan : saya tak pasti, boleh cuba...cuba setahu saya bayaran refund adalah fix amaun, tidak berubah ubah.