Friday, May 10, 2013

ketahui hak anda sebagai penjamin



Kesilapan saya ialah terlalu mudah percaya kepada ayat ayat manis rakan baik suatu ketika dahulu. Pujukan dan keyakinannya melembutkan hati saya menjadi penjaminnya untuk satu pinjaman memulakan perniagaan basikal FIXI. Mula mula perniagaannya bagus tetapi lama kelamaan 'musim' basikal FIXI berakhir. Perniagaannya merudum teruk dan terpaksa ditutup.

Memburukkan lagi keadaan ialah hutang yang dibuat tidak dibayar. Dan saya sebagai penjamin kini merasai tempiasnya. Call dan SMS tidak berjawab. Surat amaran terakhir sudah diberi. Kalau dia tak bayar jugak, alamatnya, 'blacklisted' lah saya yang menjadi penjamin ni.
Saya cuma berharap agar dilembutkan hatinya untuk kembali membayar pinjaman tersebut sedikit demi sedikit.

Sejak terjadi kes ni, rajin jugak saya google perihal hak penjamin ni. Boleh klik link dibawah ni sebagai perkongsian ilmu kita bersama. Juga sebagai ingatan supaya jangan sewenang wenangnya bersetuju menjadi penjamin. 

(ketahui hak anda sebagai penjamin)

Selain itu, tambahan ilmu yang saya dapat melalui keajaiban google ialah :-

"Menurut akta kebankrapan 1967, institusi kewangan perlu mengesan peminjam terlebih dahulu sebelum melakukan tuntutan kepada penjamin. Dalam erti kata lain, selagi peminjam belum mati dan boleh dikesan, institusi kewangan perlu menuntut sedaya upaya agar peminjam melunaskan hutangnya."

Ok, jom cari mamat ni sampai ke lubang cacing.

24 comments:

Chipsmore said...

seram jgak jadik penjamin ni kan kalo tba2 c pmnjam tu hilangkan diri..

Nur_cahayamataku said...

betul.. berdoa la supaya kawan tu lembut hati nak bayar hutang dia....

Amin A. R said...

Tak syok kan bila jadi pemjamin pada orang jenis gini.....

4feet8 said...

TQ wan share akta kebankrapan. Tapi, ianya terpakai tak untuk pemimjam loan pendidikan MARA tu?

(sy tutup blog, sementara)

the malay male said...

@4feet8 : tidak rasanya, hanya utk penjamin sosial, penjamin dgn institusi kewangan. ( bank )

Hazmin said...

Kalau penjamin kereta macam mana pulak ye bro? peminjam tu cabut lari pulak.

Kakzakie said...

Terjadi dlm keluaraga kakak sendiri bila abang kandung kakak pernah membayar hutang kawan (keluarga dah anggap macam anak angkat keluarga kakak)sehingga berbelas tahun akibat dia tak membayar pinjaman bank dan abang kakak jadi penjamin. Sehingga kini tak tahu dimana kawan abang kakak tu pergi menghilang.

Tapi syukurlah dah setel - beratus ribu tau Hazmin. Mujur anak-anak abang kakak jenis kerja bergaji besar..

aizamia3 said...

moga dilembutkan hatinya agar membuat bayaran pinjaman tu..

galaxie said...

Sangat berisiko jadi penjamin. Paling kesian bila penjamin dah diblacklist. kesannya dia plak x blh buat loan. Kalau kita beli kereta, xkan la selamanya nak pakai kereta tu je kan. nanti tiba 1 masa mesti upgrade. Paling kesian bila jd penjamin adik-beradik, then adik-beradik plak x byr htg. Masa mintak jd penjamin bukan main lembut gigi dari lidah. Apa2pun semoga dibukakan pintu hati org yang meminjam tu untuk bayar htg. Ameen

the malay male said...

@hazmin : penjamin kereta sama jugak melainkan kereta dpt ditarik dan dilelong oleh pihak bank. hasil lelongan akan dibuat utk byr baki hutang. kalau kereta hilang bersama peminjam.... penjamin jd mangsa jugak.

Tinta Lana said...

Salam.

Maknanya sampai skrg la dia masih berhutang?

Ayah saya selalu juga bercerita kisah macamni. Kawan2 dia pun ada yg minta tolong dia jadi penjamin.

Saya bertuah la, ayah saya sgt tegas bab2 mcmni, yg melibatkn duit. Dia tidak mudah memberi, kawan tetap kawan, tapi untuk soal ni, memg kena teliti. Ada kawan2 dia, nak beli or mulakan sesuatu yg kalau kita tgk pun dah tau, diluar kemampuan. Dgn perancangan yg tak sbrapa, bertambah lagila ayah saya buat dek je.

Baru2 ni pun, ada ahli kluarga minta jdi penjamin untuk yg emas2 tu, heh, tak tau sy nak menyebutnya. The answer is NO.

Semoga lembutlah hatinya abgiwn.. cari, jgn tak cari..

ctpayong said...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلم عليكم ورحمة الله

itupun yang kakCT pesan kat anak-anak2 kakCT. pun juga untuk anak-anak muda masakini.

ctpayong said...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلم عليكم ورحمة الله

itupun yang kakCT pesan kat anak-anak2 kakCT. pun juga untuk anak-anak muda masakini.

feyza said...

jadilah manusia jangan jadi penjamin huhu

Tihara said...

la, sabo je la kan

BUNDA a.k.a KN said...

kene berhati2 lah untuk jadi penjamin ni...yg jadi mangsa kita nanti..

teh ramuan said...

dulu ada rakan cikgu di sekolah yang jadi penjamin
kesian dia terpaksa bayar hutang rakan yang meminjam
huhu

Nick Nashram said...

kadang2 kwn tu ada mintak jadi penjamin..tapi cam tak berani je..

Asrul "iLham" Sany said...

Bahaya tuh..harap2 dia tak lahanat ko

DEZEE @ DHAGI said...

Aku bila kutip hutang mesti orang tu terus putus kawan..mungkin cara aku kutip tu salah..well..aku tak simpan 'crappy friends' kan..

AyueJean AJ said...

bahaya jadi penjamin ni......
Kawan pun boleh jadi lawan nanti..

azstory311 said...

good info, terima kasih berkongsi.. bab duit dan hutang kalau adik beradik boleh xbertegur sapa apatah lagi kawan baik...

Anasyg said...

:) thanks for the tips, lps abah sy pun penah kena camni - saya jugak akan berjaga2 lepas ni.

baby comel said...

at last kawanyg kita percaya makan dan tikam kita. apa lg yg kita patut buat? yeah cari sampai lubang cacing. pandai pinjam pandai la bayar kan