ADVERTHOLOGY

Sunday, July 6, 2014

bahagian masing masing



Hari ini saya berkenalan dengan seorang lelaki yang sebaya dengan saya. Nama dia tajudin. Macam mana saya boleh kenal? Sebab saya beli kipas yang ada lampu kat kedai dia. Senang beli kipas yang macam tu. Tak payah nak fikir wiring untuk lampu dan kipas. Satu 'point' je  pasang terus kipas dan lampu sekali.

Pada usia 32 tahun brader ni dah ada perniagaan sendiri. Yup, kedai lampu tu dia punya. Dia sendiri yang datang dengan sorang pekerja pasang kipas lampu tu bawa 4WD entah apa model. Hilux atau Storm saya tak pasti sebab takde la pulak saya nak belek betul betul kereta apa yang dia bawa. 

Dan saya pulak pada usia sebegini masih makan gaji dan bawa proton. Masih lagi terfikir fikir kalau nak buat bisnes nak jual apa dan mana nak cari modal. Bukan tak bersyukur cuma bukankah Islam menggalakkan umatnya sentiasa memperbaiki diri dan taraf hidupnya?
Dah lama rancang nak buat bisnes sendiri. Tapi tak mula mula.

Benar, Setiap manusia ada bahagian masing masing. Dan kebanyakan kita hanya nampak bahagian yang senang senang je. Susah payah, perit jerih orang tu nak berjaya kita tak tahu macam mana dan kita tak tahu samada kita mampu redah atau tak. Yang kita tahu kita nak berjaya macam orang tu. Mana boleh. Tak aci.

Cuma, bila melihat kepada brader tadi tu timbul kembali keinginan yang menebal untuk mula buat perniagaan sendiri. Cuma, itulah, nak bisnes apa pun tak tahu lagi. Tengah fikir ni.....




17 comments:

Teacher Basariah said...

nk kaya mmg kena bisnes..niat ikut sunnah rasul dpt pahala berganda lg.sy pon bisnes kecil2an..dptla side income sket..hihi

uncle gedek said...

go for it!

Dare to fail!

SalbiahM said...

All the best!mana tau ada peluang dan rezeki pas ni

Anonymous said...

Passion vs benefits..

Ayu said...

samalah kita..saya pun selalu terfikir bila tgk org yg lbh muda dr saya dah bergelar jutawan...hehe...takpe,kita usaha jelah sehabis baik,inshaallah Allah tunjukkn jalan. :)

msredcheesecake said...

Niat kerana Allah, doa byk2 dan usaha... insyaAllah

msredcheesecake said...

Niat kerana Allah, doa byk2 dan usaha... insyaAllah

aizamia3 said...

Berani mencuba dan seterusnya berusaha hingga beroleh kejayaan.

ellynadyra said...

bersabar
mula dari business kecil2an
insya Allah lama2 besar jadinya
semoga berjaya

khaifaiz said...

ada gak org dpt idea niaga melalui pergaulan

Pha Is said...

semoga berjaya..

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Aah..nak mula dari mana dan mcmna.

Salu kan org ckp buat apa yg kita minat, tpi mcm sya..sya pun mcm tak brapa sure je apa yg sya minat,huhu

Bunda_nora said...

Niat baik kerana Allah InsyaAllah baik2 belaka yang datang..

Unknown said...

tu lah kan.seronok tengok org berjaya dalam bisnes

MizzTina said...

niat kite sm.. ntah bila agaknya nk mula ni.. xpe, pelan² kayuh, insyaAllah berhasil..

Azlan Strider said...

mungkin masanya bukan sekarang...tapi one day siapa tahu..insyallah....

Regards,
-Strider-

caliph shuriken said...

klau kena gaya mmg best run bisnes sendiri ni ^^