ADVERTHOLOGY

Thursday, July 9, 2015

puasa mata


Bulan Ramadhan sudah hampir sampai ke penghujungnya untuk tahun ini. Bagaimana dengan puasa rakan rakan semua? Semoga semakin hari semakin mantap. Di tujuh malam terakhir ini bersama samalah kita cuba untuk istiqomahkan hal yang wajib dan lipat gandakan hal yang sunat. InsyaALLAH.

Seorang ustaz ada bagi tazkirah tempoh hari semasa terawikh. Katanya puasa makan dan minum ni dah biasa dah. Ramai yang mampu buat. Yang ramai yang tak mampu nak buat ialah puasa mata.

Pergi bazar Ramadhan, nak cari paha dan dada ayam tapi yang banyak TERnampak ialah paha dan dada manusia...opppssss.

Kat rumah pulak kalau bukak TV, jangankan cerita hollywood dan bollywood, drama malaywood pun sudah mengabaikan perihal aurat dan bersentuhan antara yang bukan muhrim.

Bukak FB dan Instagram pun bersepah gambar bukak aurat.

Kat pejabat, mata kita tak abis abis mencari kesalahan staff lain. Ada je yang tak kena dengan staff itu, staff ini. Dan apabila mula melihat bahawa kerja orang lain semuanya tak betul, maka akan terfikir bahawa kerja kita je yang betul, kerja orang lain semua ada cacat celanya. Tanpa sedar, riak terbit dalam hati. Nauzubillah.

Dalam kereta pun duk cepat panas hati bila tengok kereta depan lambat sangat sebab terkejar kejar nak berbuka puasa di rumah. Silap silap terhambur kata kata kesat di dalam kereta tanpa sedar.

Itulah serba sedikit tazkirah ustaz tersebut yang saya ingat untuk dikongsikan kepada rakan rakan dan sebagai peringatan untuk diri saya jugak. Yang selebihnya saya pun terawang awang masa tu sebab tengah jaga mata(terlelap)... hehehe

Bab jaga mata ni memang saya pun agak gagal jugak. Al maklumlah iman senipis kulit bawang kan. Agak sukar menundukkan pandangan setiap masa :-)))

Orang kata, sekali pandang tu rezeki namanya... kih kih kih



14 comments:

Anonymous said...

Kalau sekali pandang tak berkelip tak berdosa kan ewan?

Pha Is said...

sama la..

Sofea said...

tips puasa mata, g bazar pakai spek hitam. hahaha

Projek Travel said...

jangan kelip. ahahahah. :P

kakaktiricinderella said...

Dugaan mata ada di mana mana.

Izyan Balqis said...

bulan2 puasa mata la yang paling susah nak jaga, haihh...terpandang something kena la cepat2 kalih...

yang kedua..mulut!

LadyBird said...

Semoga kita dpt kawal semuanya.. ameeenn.. ldy jd semakin 'bekeng'.. susah jgk nk control emosi.. huhu

eMMe said...

puasa segala galanya..bukan mata je, mulut pun..dari berckap perkara-perkara yg boleh membatalkan puasa... baru rasa bermakna Ramadan ini...

Kira Sakura said...

tapi tula kadang diri sendiri tu sendiri tak reti nak jaga dari pandangan lain melihat hrmmm

moga dijauhkan dari sifat mcm tu amin amin

fatin said...

in sha allah..

ma ❥ said...

sntiasa diingatkan mcm ni insyaAllah boleh selalu beringat huhu

aizamia3 said...

Kena sentiasa beringat dan menjadi amalan.

caliph shuriken said...

betul2.. cari lain jumpa lain kt bazar ramadhan, hikk...

Syazana Zainn said...

Mujur rumah dkt dgn opis, alhamdulillah bebas maki-makian hihi