ADVERTHOLOGY

Sunday, August 9, 2015

belum cuba, belum tahu



Lama juga tak melayan blog ni. Bukan sebab malas sepenuhnya. Bukan juga sebab terlalu banyak jamuan raya yang perlu dihadiri. Mungkin 20% sebab malas dan selebihnya kerana line internet di kawasan saya disepanjang musim perayaan ni agak mendukacitakan. Waktu waktu lain pun sebenarnya kurang pantas apatah lagi bila masuk musim perayaan. 

Kalau di tanya yang tukang jual produk ni memang lah laju sentiasa line internet dijawabnya. Bila dah langgan baru tahu laju atau semput. Dan masalahnya saya ni malas pulak nak ke sana sini batal line tu, langgan line ni... so kekal je la dengan line internet sedia ada buat masa ni.

Itulah masalahnya. Kita takkan dapat info sebenar selagi kita tak cuba sendiri. Belum cuba, belum tahu. Macam tu lah lebih kurang.

Yang jual produk A akan cakap produk dia bagus. Yang jual produk B akan cakap produk dia lebih bagus. Yang jual produk C akan cakap dia punya lagi besttt. Tak kisahlah samada pegi jumpa jurujual tu face to face atau cari maklumat kat internet. Selagi tak pakai/guna sesuatu produk tu selagi tu kita takkan tahu bagus atau tidak. 

Kalau bab beli barang murah murah ni boleh tolak ansur sikit bila hasilnya tidak seperti yang diwar warkan. Tapi kalau dah tahap sampai barang barang lain yang harga ribu riban punya tu, memang boleh buat bergaduh jugak la. Yelah, bukan senang nak kumpul duit banyak tu. Lainlah ada orang bagi 'derma'. Ehhh kesitu pulak :-)))


5 comments:

aswadz said...

biasa la tu bro. orang nak jual barang...

Raz said...

line celcom rumah sy hampeh jugak.. eheh

SalbiahM said...

semua pun akan claim barang dia terbaik...terutama bab line telefon ni.tapi, semua tu depends pada kawasan jugak..

aizamia3 said...

Betul tu.. selagi tak cuba selagi tu tak tahu keadaan sebenar.
Kawasan perumahan saya masih dalam kawasan kampung, jadinya liputan agak kurang menyerlah dan menyinar.. jadi memang kena bertabahlah..

Kira Sakura said...

betol. kena cuba dan rasa dulu baru boleh tau bagus atau tak satu2 produk tu