ADVERTHOLOGY

Tuesday, August 11, 2015

virus demam isnin



Dah lama dah perati. Antara perasan atau tidak. Asal hari isnin je pasti ada yang amik MC atau Emergency Leave (EL). Macam macam alasan ada tetapi yang paling kerap digunakan ialah demam. Tak kisah lah samada diri sendiri yang demam, suami/isteri demam, anak no 1 demam, anak no 2 demam, anak no 3 demam dan seterusnya.

Ada yang rasa nak demam sejak hari sabtu lagi. Tapi sanggup tunggu hari isnin baru nak pegi klinik amik ubat dan harap harap dapat MC. Macamlah hari sabtu ahad takde klinik yang bukak.

Bukan mahu menidakkan ketentuan. Memang ada yang betul betul kurang sihat tetapi malangnya lebih ramai yang mengambil kesempatan buat buat tidak sihat. 

Senarionya sama macam kes orang minta tolong tepi highway tapi bila ada yang baik hati berhenti nak bagi pertolongan last2 kena samun. Modus operandi macam ni memang dah selalu dengar dan diberikan ingatan oleh pihak polis sendiri supaya lebih berhati hati dalam memberi pertolongan. Akibatnya bila ada yang betul betul memerlukan pertolongan, tak ramai yang berani stop kenderaan diaorg untuk bagi bantuan.

Macam tu lah jugak dalam kes 'demam isnin' ni. Ada yang betul betul tak sihat. Tapi disebabkan ramai yang mengambil kesempatan nak join demam jugak. Makanya, rasa curiga itu tetap ada.

Anyway, berani kerana benar. Kalau dah betul tak sihat tu, MC je la. Nanti pengsan kat office dah satu keje pulak kawan kawan nak angkut bawa pegi klinik. 

Yang jenis kuat ponteng ni.Bab menyusahkan kawan kawan office, Bab keberkatan rezeki, itu urusan dia dengan Allah.


14 comments:

SalbiahM said...

yang last tu win..ada jugak kes, member selalu tipu MC..so bila dia betul-betul sakit orang tak layan.

KorN said...

terpanggil untuk komen entry ni. sebab aku baru je mc smalam. hahah.. tp aku mc bersebab..

Raz said...

jumaat pon... hehe...kdg2 nk buat gak, tp x berani hahaa

ma ❥ said...

betul. bila mc ni cm budaya yang org pandang serong bila kita betul2 sakit pun punya lah gagah gak gi keje sbb kalau boleh taknak mc. kalau perasan kebanyakkan clinic boleh bg mc senang2 je... tk macam dulu...

Nick Nashram said...

kalo mc hospital kerajaan susah.
mc private hospital mudah je..hehe

eita said...

normal lah tu kalau mood malas keje datang....
tapi kite tak pernah buat keje macam ni..heeheh

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

Saya pun mc semalam...saya pun risau kalau ada orang kata saya tipu mc sebenarnya memang benar-benar sakit. Kadang-kadang orang lain yang buat macam tu...tapi kena tempiasnya. Saya pula jenis tak berapa minat ke hospital atau klinik kerajaan...sebab lama kena tunggu...kalau klinik swasta...bagi je kad pengenalan...tak lama tu dah nama kena panggil☺

JR said...

Di Kedah demam Isnin jarang berlaku tapi demam Ahad yg berlanjutan hingga Isnin kerap berlaku...

Chot said...

tak tak..dah tak buat dah...haha. dah pencen mc isnin. mc hari lain pulak.

aizamia3 said...

Siapa yang menjaga cuti dalam satu2 bahagian mesti tahu siapa yang selalu kerap MC, siapa yang selalu sakit, siapa yang selalu lewat dan pelbagai masalah lagi..
Moga kita semua berada dalam keadaan sihat selalu hendakNYA.

Kira Sakura said...

hahahahahaha saya dulu salah sorangnya, tapi ambik cuti la. hari ahad. rasa kalau ambik cuti orang lagi boleh terima dari MC kerap2 sangat kot :p

Raihanah Ahmad said...

monday blues tu fikiran kita je, kalau fikirkan baik2 danpositif, jadinya baiklah insyaAllah

Cik Aann said...

monday bluess,,huhuhu

aswadz said...

kes2 ngelat ni, mmg tak boleh nak dielakkan. tp kalau bos tu bijak, dia boleh kenal dah yg mana yg btol2 MC, yg mana yg ngelat.