ADVERTHOLOGY

Monday, January 25, 2016

yang banyak berjasa





Bulan Januari ni je dah dua kali kereta kesayangan ni masuk bengkel. Kali pertama sebab tukar windscreen. Cermin retak sebab kena batu masa on the way pegi kerja. Mujur insuran cover.

Kali kedua tukar tayar depan. Dua dua dah botak. Tukar lower arm sekali. Yang ini insuran tak cover.  RM terbang. Bajet lari sikit. Hehehe.

Dah lama dan dah banyak berjasa kereta ni. Mula pakai sejak 2005. Sejak bujang sampai dah kawen, dah ada anak. Sekali sekala dia buat hal tu, layan kan aje la kan kan kan.

Next bila bajet dah masyuk semula, nak belek belek air-cond pulak. Compressor tu dah bagi tanda tanda mintak di belai :-)





12 comments:

Anonymous said...

kalau saya masih sekedar sekuter yang menjadi andalan :) jadi termotivasi pengen beli mobil :D

Nizam.Ariff said...

Jgn dilupa jerih perih dia menemani kita ke tempat kerja....haha

Chot said...

'ferrari' gold wa compresser dah jahanam. sekali enjin nak oberhaul. masak.masak.masak

Hazmin Hamudin said...

Biasalah kalau usia dah lanjut, memang ada je yang kena ditukar. Untuk keselamatan dan keselesaan kita jugak nanti ni.

JR said...

Seperti kata seorang kawan, membela kereta lebih teruk dari membela bini. Bini bukan hari-hari minta duit tapi kereta hari-hari minta duit, sekurang-kurangnya duit minyak...

aizamia3 said...

Selagi boleh dibelai, jagalah sebaiknya.. tanpa dia susah nak bergerak.. ;)

Kay said...

saya teringt dulu semasa nak beli kereta tahun 2006, mak saya beriya suh beli kete ni, dia suka tgk org pompuan bawak kete saga (bg sy kete kebal) hehehe... saya berdoa banyak2 masa tu supaya kete saga ni takde stok :-D Doa diperkenankan alhamdulillah

Unknown said...

blm lama . my kakak punya dr pertengahan thn 1990an . masih cool je .

Anonymous said...

hahaha. dah lebih 10 tahun ye wan.

sabo je lah.

Dr K said...

Kereta, ialah liability, bukan asset.
Maka di zaman ekonomi mencabar ni, sangat bijak kita kekalkan kereta sedia ada, servis apa yg perlu.Keep cash in hand. Unless mmg banyak duit atau ada org derma 2 billion, boleh la tukar kereta baru.

Nick Nashram said...

i feel u bro.masuk gaji mesti kereta buat hal..tau2 je dia duit nak masuk..huhu

ma ❥ said...

rajin jaga elok elok kita nak pakai pun selesa senang hati. repair sikit2 lagi ok. blh merancang kewangan bp nk belanjakan kat keperluan kete kan