ADVERT

Sunday, February 26, 2017

t-shirt kita tak rare



Semalam, masa naik escalator kat Great Eastern Mall. Selisih dengan sorang mamat yang sebijikkk pakai t-shirt sama macam yang saya pakai. Brand sama, kaler pun sama. Ya, saya perasan dan dia pun perasan akan kesamaan tersebut.

Saat berselisih, rasa janggal pulak. Lepas tu masing masing buat buat pandang tempat lain.

Anyway nak sedapkan hati, t-shirt 3 helai RM49 macam kami pakai ni apa nak pelik kalau ramai yang ada kan kan kan.

Yelah, betul la tu apa ada hal kan kan tapi masihhhh rasa akward tu memang akan ada kalau bertembung macam tu .. hehehe



12 comments:

aswadz said...

aku pun kadang2 jumpa orang yg pakai baju yg sama dgn yg aku ada. cuma selalu nyer aku tak pakai la baju tu masa terserempak. cuma bila ternampak tu, dalam hati aku kata "eh, sama macam baju aku kat rumah". biasa nyer baju yg sama tu, baju yg aku beli dalam aeon.

reenapple said...

I feel you, bro.

Nizam.Ariff said...

Klu org lain nampak, mgkn ingat adik beradik..

cinta said...

Keh3. Lain kali kalau jumpa lg org pakai baju sama senyum n ckp 'u got taste bro'.
Tp kalau gi rumah org baju yg dipakai sama dgn langsir rumah org tu mmg tak dapat lah nak guna ayat yg sama.

SmBotak said...

kita lelaki tak kisah sangat, esok lusa mesti pakai lagi kalau dah selesa. tapi kalau perempuan (majoritinya), mesti sampai rumah terus simpan dalam stor. haram nak bukak balik sepanjang hayat walau pun baru sekali pakai. hehehee...

ewanthology said...

@smbotak : hahaha...betul la tu

ewanthology said...

@cinta : kalau baju sama dgn langsir lagi ler malu giler kot... satu rumah sindir..haha

ewanthology said...

@nizam arif : adik beradik pun selalunya x nak pakai baju yg sama :-)

ewanthology said...

@reenapple : tq

ewanthology said...

@aswadz : x pakai serentak kira nasib baik la.. hehe

Pha Is said...

apa susah, tegur je.. "cantik tshirt".. dalam masa yg sama macam puji diri sndiri jugak.. hahaha

ewanthology said...

@pha is : haha..ok gk idea tu