ADVERTHOLOGY

Wednesday, October 11, 2017

BIRU



Saya suka warna biru. Tak dapat dipastikan pengaruh dari mana. Seingat saya, sememangnya warna biru acap kali menjadi pilihan sejak saya dibenarkan membuat pilihan. Natural mungkin.


Pada tahun 2002, setahun selepas mula bekerja. Saya membeli motosikal KRISS berwarna biru. Kemudiannya pada tahun 2005 kalau tak silap, kereta pertama saya ialah PROTON ISWARA. Teka apa warnanya?? Ya, biru.


Tidak mengejutkan malahan seperti dijangka, kebanyakan pakaian kerja saya berwarna biru. Dari biru muda, biru tua, biru manggis.... semua ada.


Mungkin juga kecenderungan saya memilih Chelsea sebagai pasukan yang disokong ketika mula mula mengenali Liga Perdana Inggeris ialah kerana jersi biru nya. Nampaknya tepat dan berbaloi.


Dan dari pandangan politik pula.... ermmmm. Adakah kecenderungan tersebut mempengaruhi?


Tak payah campur hal politik la dalam cerita ni.


3 comments:

Anonymous said...

hahaha.

biru politik pun ada banyak juga. dun wori.

aswadz said...

aku lak time sekolah rendah suka warna merah. entah bila aku start suka warna biru pun aku tak tau. tp team bola aku sokong man utd. acaner lak tu? hahaha...

aizamia3 said...

Saya pulak tak suka biru dan akan rasa terpaksa bila kena pakai warna biru - nak pulak warna tema pakaian office warna biru.. alahai.. :(