ADVERTHOLOGY

Saturday, November 4, 2017

HARD ROCK HOTEL, PENANG 2017


                                        

Kalau Hotel Lone Pine dalam entry sebelum ini sangat menyamankan. Yang ini berlawanan pulak.

Namapun Hard Rock kan kan kan.

Sampai pun sudah lewat sebenarnya. Check-In dalam pukul 8 malam kalau tak silap. Lepas rehat rehat sekejap dalam bilik tu terus keluar dinner di Hard Rock Café. Makan sambil dengar live band memang lain feelnya. Lagu semua best best dan yang paling best malam tu ialah 'Don't speak' yang dipopularkan oleh kumpulan NO DOUBT.  Live Band ni kalau nak tengok dari dalam bilik pun boleh sebab dia ada channel khas yang boleh ditonton dari TV dalam bilik hotel sahaja.


Lampu bilik memang suram suram je

Aktiviti pagi selepas sarapan ialah bawa Aina main pasir tepi pantai dan kemudiannya mandi kolam. Gambar ada tapi tak yah letak kat sini la. Menjolok mata. Hahaha



Tak sah kalau pergi Hard Rock tapi tak beli T-Shirt Hard Rock. Sebelum Check Out pergi Hard Rock Shop, masing masing beli sorang sehelai buat kenangan dan untuk dipakai sementara masih muat. Sebenarnya saya nak beli satu design t-shirt Hard Rock yang pernah ternampak dipakai seseorang dalam FB. Tapi takde pulak design tu kat Penang ni. Bila check balik rupanya dia beli kat Hard Rock Tokyo !!

Pada pendapat saya, Menginap di sini adalah untuk berlibur bersuka ria. Layan Live Band sampai tengah malam. Kalau nak tenangkan fikiran eloklah pergi Lone Pine Hotel tu je. Kat sini takde nak tenang nya :-)




5 comments:

Nur Aishah said...

hari ke hari lahhh saya nak try stay sini.. tgk agoda masih available menjelang cuti skolah ni...tapi tulahh banjir plak dah.. aishhh.. salam kenal2,tuan..

Rapunzel Cikilolo said...

membeli baju hardrock, selagi muat?

huhu. mendalam tu maksudnya.

selamat bercuti wan.

Etuza Etuza said...

ala2 di Jepung tu..wah best tu Ewan

Hanys Najib said...

Kalau pi Hard Rock memang tak sah kalau tak beli t-shirt dia, haha

https://hanysapek.blogspot.my/

Pha Is said...

hahaha.. nice share.. org tak pergi ke hotel hard rock untuk tenang fikiran..