ADVERTHOLOGY

Tuesday, March 6, 2018

2020 bukan mengenai kereta terbang wujud atau tidak


Baru selesai mendaftar Aina untuk kemasukan tahun 1 sesi 2020 secara online di https://public.moe.gov.my 


Dah besar dah anak saya.


Dulu semasa saya bersekolah rendah selalu dengar pasal Wawasan 2020. Apabila disuruh bayangkan perihal apa yang bakal berlaku pada tahun tersebut, kebanyakkannya termasuk saya berimaginasikan perihal kereta terbang, bangunan pencakar langit, robot dan teknologi yang serba serbi canggih.


Tetapi rupa rupanya....


Tahun 2020 nanti saya dihadapkan dengan cabaran untuk membawa anak saya ke hari pertama persekolahannya dengan 'zero problem'. 



  • Tak nangis bangun pagi.
  • Tak nangis mandi pagi.
  • Tak nangis pergi sekolah.
  • Tak nangis dekat sekolah.
  • Tak nangis ditinggalkan di sekolah.


Mencabar bukan?



10 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

huhuhu...

kena nyanyi lagu "jangan menangis sayangku, ini hanyalah sementara..."

aizamia 3 said...

Dah besar dak Aina rupanya.. Diam tak diam dah nak sekolah.
Macam dak Nuha.. cabaran akan bermula pada tahun depan - masuk darjah satu.. hehehe..

Hans said...

hehehe
kereta terbang dah ada tapi belum dikomersial kan lagi

Asrul "iLham" Sany said...

memula je problem...pastu dh jumpa kawan2...hahahaha

anakHajiMuaai said...

Klau nak diikutkan, mcm movie 'Back to the Future'. Tahun 2020 kereta terbang, skateboard terbang, baju ala2 futuristik. Tapi semua hanya fiction dan imaginasi sebab manusia bebas berimaginasi. Tak gitu hehe

Pha Is said...

bukan kereta yg terbang.. zaman sekarang ni duit yang banyak terbang.. hahaha..

all the best bro untuk 2020 nnti.. gud luck..

Mrs. A said...

In Sha Allah mula-mula aje susah tapi zaman sekarang mereka dah terbiasa ke sekolah seawal umur 5 tahun.

ma ❥ said...

Melihat anak tu lebih indah dr melihat kereta terbang tu... Hehehe semoga dpt membimbing ank2 dgn cemerlang aminnn

Kuazue Mohd said...

wawasan 2020 ini lagu wajib sekolah saya (20 tahun nan lepas).. semangat betul nyanyi ketika itu.. ya lah.. menuju negara maju..

semoga urusan dengan anak2 di tahun 2020 nanti dipermudahkan ilahi

Erni Hasmiza said...

Hehe saya pun masa dulu-dulu mesti pikir pasal kereta terbang bila masuk 2020 ..terlebih tengok Doraemon laa ni