ADVERTHOLOGY

Tuesday, May 1, 2018

4 hari di Pulau Perhentian


7 jam perjalanan dengan kereta dari Bandar Enstek ke Jeti Kuala Besut.

50 minit naik bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Kecil.

4 hari 3 malam di Pulau.

Memang sangat berbaloi. Cantik tempatnya. Mesra sapaan orangnya. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan pergi, balik dan semasa di pulau.

Ada sikit sikit ambil gambar buat kenangan tapi sebab tengah guna Ipad ni memang leceh nak upload gambar. Kalau nak tengok boleh jengah Instagram.

Sedikit perkongsian info kepada yang memerlukan. Sebab sebelum pergi ni pun saya memang sibuk google  baca info/pengalaman orang pergi Pulau.

  • Tambang pergi dan balik bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian ialah RM70. Separuh harga bagi kanak kanak.
  • Parking disediakan di Kawasan berdekatan Jeti. RM10 sehari. InsyaAllah selamat.
  • Big Island Snorkeling dan Baby Island Snorkeling adalah aktiviti snorkeling utama. Setiap tour singgah 3 Point Snorkeling.
  • Banyak operator yang buat aktiviti ni. Range harga dalam RM50 hingga RM120 per pax. Baby Island mahal sebab jauh skit perjalanannya. Dan kalau yang mahal tu dapat bot besar dan selesa. Yang murah selalunya bot kecik, sakit bontot wooo terhentak hentak kalau windy dan arus agak kurang tenang :-)
  • Selalunya untuk aktiviti snorkeling mesti ada sekurang kurangnya 4 orang. Kalau kurang, operator snorkeling tak nak bawa kecuali kalau kita sanggup bayar lebih.
  • Harga makanan di pulau agak mahal. Mujur saya ambil pakej penginapan beserta breakfast. Lunch makan meggi atau biskut yang memang dah packing sekali dari rumah. Malam barulah makan luar. Sekali dinner RM50 - RM80 tak lari lah untuk saya yang makan bertiga ni.
  • Banyakkan minum air sebab cuaca agak panas. Anyway, panas lebih baik dari hujan. Kalau hujan lagilah tak boleh buat apa.
  • Kalau nak beli Fridge Magnet untuk kenang kenangan eloklah beli di Jeti Kuala Besut sahaja. RM10 dapat 3. Kalau beli kat Pulau 1 FM berharga RM6 - RM8.
  • Yang bawa anak kecil umur dalam 3, 4, 5, 6 tahun eloklah standby beli dan bawa life-jacket sendiri sebab bot operator takde saiz kecik. Kalau rasa tak kisah jika anak tak pakai life-jacket, terpulang.
  • Pulau Perhentian terbahagi kepada 2. Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Semasa saya minta pendapat rakan rakan yang pernah pergi, katanya Perhentian Besar suasananya tenteram dan sesuai untuk keluarga. Manakala Perhentian Kecil agak 'meriah' dan lebih sesuai untuk yang bujang bujang . Maka, saya pilih Perhentian Kecil ;-)
  • Banyak pakej untuk Pulau Perhentian ini. Kena tanya betul betul bagaimana kemudahan yang disediakan.Kalau jenis chalet ni ada yang guna kipas sahaja, takde aircond. Saya juga perasan ada kemudahan tandas untuk mandi, kalau tak silap RM2 sekali guna. Maknanya mungkin ada chalet yang tiada kemudahan bilik air.
  • Saya menginap di BuBu Resort. Alhamdulillah semua lengkap. Walaupun agak mahal sikit berbanding resort lain tetapi yang penting selesa terutamanya yang bawa anak. Kalau bujang backpacker lain cerita, tido dalan khemah pun rileks je.

Ok, Harap harap dapat membantu.






4 comments:

Kuazue Mohamad said...

tq review. dah lama dah pergi bercuti macam ni. boleh buat panduan juga nih

aizamia3 said...

Tq for review.
Simple tapi senang nak faham.
Mungkin satu hari nanti saya pulak ke sana.. ;)

Hans Hanis said...

seronoknya
harap-harap satu hari ada rezeki dapat ke Pulau Perhentian nih

Teacher Basariah said...

wah, simple but nice review ni. tapi sejak dah ber 5 ni..fikir banyak gak nak ke pulau2 ni..hoho