ADVERTHOLOGY

Monday, May 28, 2018

Bergembiralah menyambut Ramadhan




  • Rasulullah S.A.W bersabda : 'Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan rasa harap, maka akan diampuni dosa dosanya yang telah lalu.' (HR Al Bukhari dan Muslim)
  • Allah SWT akan menggandakan setiap amalan yang dikerjakan di bulan Ramadhan ini. Maka, barang sesiapa yang mengerjakan amalan-amalan sunat pada bulan Ramadhan ini, pahalanya adalah seumpama mereka mengerjakan amalan-amalan fardhu di bulan- bulan yang lain. Manakala sesiapa yang mengerjakan amalan fardhu pula, maka pahalanya adalah seumpama 70 kali ganda di bulan-bulan lain.
  • Di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih. baik dari seribu bulan.
  • Pintu pintu Syurga dibuka dan ditutup semua pintu neraka dan syaitan dibelenggu.
  • Doa yang mustajab ialah doa orang yang berpuasa.
  • Sesiapa yang menjamu orang berbuka puasa, adalah baginya pahala sepertimana orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun pahala puasanya.
Banyak lagi sebenarnya kehebatan dan kelebihan Ramadhan. Baca 6 yang diatas pun sudah cukup buat rasa teruja untuk terus istiqomah dan bersungguh sungguh menghidupkan Ramadhan kali ini.

Ayuhhh semua, masih belum terlambat untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Kumpul bekalan sebanyak banyaknya untuk hari kemudian nanti.

Berapa ramai yang tidak sempat merasai Ramadhan tahun ini? Kita yang masih diberikan kesempatan umur dan kesihatan dari Allah ini usah pula biarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja.

"Amat rugi/hina seseorang yang Ramadhan masuk padanya kemudian Ramadhan pergi sebelum diampuni dosanya." (HR. al-Tirmidzi, Ahmad, al-Baihaqi, al-Thabrani, dan dishahihkan Al-Albani dalam Shahih al-Jaami', no. 3510).


5 comments:

aizamia 3 said...

Bulan yang ditunggu-tunggu.. ;)

EH - Ekslamasi Holistik said...

Fasa Ramadan Ya Kareem telah sampai ke fasa pengampunan...

Rapunzel Cikilolo said...

selamat berpuasa ya wan.

anamizu said...

betul tu. bln ramadhan ni penuh keberkatan. moga kita tak terlepas merebut pahala di dalamnya. salam ramadhan ;)

Mrs. A said...

Selamat berpuasa hari ke 22 Ramadhan.
10 malam terakhir digalakkan kita membaca doa lailatur qadar.