ADVERTHOLOGY

Sunday, September 23, 2018

cerita ini adalah rekaan semata mata


Ketika anak saya berumur antara dua hingga ke tiga tahun, semasa baru pandai cakap sikit sikit dan pelat. Kami bersama sama menonton televisyen. Iklan cerita seram dimainkan dan anak saya bertanya mengenai lembaga yang dilihat dikaca televisyen dalam bahasa pelatnya.. 'apa tu ayah?' ... dan saya jawab 'ghost'.

'ooooo, yg macam dalam bilik tu'

Itu jawapannya. Sedikit terkejut tetapi tetap steady memandangkan budak sekecil itu bukan tahu apa sangat.

Beberapa hari selepas kejadian tersebut. Ketika kami sekeluarga bersiap untuk tidur. Anak saya menuding jari ke satu sudut di dalam bilik kami seraya dengan selamba berkata 'tuuu ghost'.

?????!!


8 comments:

aswadz said...

ni ada sambungan cerita ke ni???? nak gak tau amende tu.

Raz said...

kalau saya mesti terus baca yasin T-T

ewanthology said...

@aswadz : tiada sambungan..hehe

ewanthology said...

@raz : firasat hati mengatakan tidak ada apa apa yg tak kena semasa itu..

I am LZ said...

Sejauh mana kita boleh percaya kepada penglihatan kanak-kanak usia begitu?..

Ma said...

Rekaan ke? Nk sdpkan hati bapaknya ni ckp rekaan hehehehe tp tgk pada situasi... Kdg2 budak berimaginasi. Anak buah sy suka juga mcm tu bukak pintu hantu keluar kereta hantu. Memula percaya 1 hari tu tny hantu tu mcm mana tu.. Dia jalan perlahan dia nk mkn pokok tu.. Mcm zombie dalam game ibu. Haha bru tahu dia imaginasi ni...Obses sgt ngn game zombie mainan pn suruh pilih dia suh cari zombie...Hahahahaha

aizamia3 said...

Part yang last tu saya pernah kena masa baru pindah rumah dulu. Selamba dia tegur rumah sebelah saya walhal rumah sebelah saya tu takde orang.. Fuh!Meremang bulu roma tapi cuba buat selamba mungkin walau sebenarnya perasaan takut dah mula menguasai diri.. huhuhu.

Mrs. A said...

Macam sesuatu jerrr....
Meremang tak bulu roma time tu