ADVERTHOLOGY

Friday, September 28, 2018

menyimpan boleh membuatkan anda kaya?


Saya terbaca satu artikel berkenaan tajuk diatas beberapa bulan yang lalu melalui newsfeed di laptop saya. Sumbernya tak sempat hendak dicatitkan kerana saya sekadar klik dan baca. Kesedaran atau impak artikel tersebut hanya dirasai baru baru ini.

Maka, persoalannya? Adakah menyimpan boleh membuatkan anda kaya?

Menurut artikel tersebut, ianya bermula dari sebelum fasa 'menyimpan' itu lagi. Bagaimana mahu menyimpan jika kita tidak mempunyai lebihan dari pendapatan? Adakah dengan cara berjimat cermat dalam perbelanjaan harian kita akan mempunyai lebihan kewangan? Bagaimana ia berlaku?

Ianya berlaku apabila kita MENUKAR CARA HIDUP KITA. 

Apabila kita mempunyai wang, kita kerap berbelanja pada perkara yang tidak perlu. Naluri hati mengikut kepada 'kehendak/ keinginan' berbanding 'keperluan'.

Pernahkah anda membeli barangan secara online dan diakhirnya barangan tersebut hanya digunakan sekali dua atas alasan ianya tidak menepati jangkaan asal. Dan ianya berlaku secara kerap.

Handbag dan kasut perlu dimiliki untuk setiap aktiviti dari formal, tidak formal hingga ke aktiviti bersukan. Tetapi tidak semestinya perlu memenuhi ruang rak kasut / wardrobe anda. 3 hingga 4 handbag dan kasut adalah memadai bagi seorang individu. Dan tidak perlu dijadikan acara bulanan/ tahunan untuk mendapatkan handbag/kasut baru. Gantikannya apabila sudah rosak sahaja.

Peminat kopi dan restoran hipster mungkin boleh mengehadkan kunjungan mereka. Dari 3, 4 kali seminggu kepada sekali seminggu. Sediakan sendiri lunch dan dinner anda dirumah juga adakalanya menyeronokkan dan menjimatkan?

Hakikatnya, kita selalu bersarapan se simple boleh apabila berada dirumah. Roti bersama nutella / peanut butter / marjerin dan nescafe 3 in 1 sudah cukup mengenyangkan dan sangat rendah kos nya berbanding bersarapan diluar. Order macam macam, nasi lemak lauk ayam goreng + telur mata dan air teh tarik dan mungkin tambah telur separuh masak pula. Itu kalau singgah di gerai biasa. Kalau singgah kedai yang ala ala hipster? Ermmm... boleh tetapi jangan selalu.

Syarikat Handphone kerap mengeluarkan edisi terbaru handphone mereka. Kadangkala setahun sekali ! Saya tidak fikir kerap menukar handphone untuk mengikut perkembangan semasa adalah sesuatu yang impressive. Pertukaran handphone 3 - 4 tahun sekali agak relevan tetapi ada yang masih menggunakan smartphone yang sama sejak 5 tahun lepas ! and its ok !

Pemilihan pakej bil bulanan telephone anda juga ada peranannya. Pilih bil dengan komitmen bulanan di bawah RM100 sudah memadai.

Travel? Siapa yang tidak suka travel kan? Booking ticket awal, booking penginapan awal, Matta fair adalah cara menguntungkan. Tetapi kekerapan travel juga mengganggu kestabilan kewangan anda. Maka rancanglah secara bijak.

Basuh dan gosok pakaian anda sendiri. Minimakan penggunaan elektrik bagi mengurangkan bil utility. Jalani kehidupan yang sihat (rajin bersenam) bagi mengurangkan kos perubatan dan banyak lagi sebenarnya.

Kecuali anda dilahirkan kaya dan banyak duit tak tahu macam mana mahu dihabiskan mahupun sudah cukup dewasa tetapi masih ditanggung ibubapa dalam semua/sesetengah perkara (bertuah!!), saya harap perkongsian ini bermanfaat.




10 comments:

Zhi said...

Baiklah, saya cuba.

Etuza Etuza said...

Menarik untuk dibaca..teruskan usaha menyimpoan..inshaAllah akan membukit

Nizam.Ariff said...

Ya. Aku setuju bahawa wang yg disimpan tak membuatkan kita kaya tetapi senang sahaja. Ikut pengalaman aku sendiri, melabur dlm sektor hartanah, misalnya lebih cepat dapat duit selepuk berbanding menyimpan.

ewanthology said...

@zhi : selamat berjaya

@etuza : terima kasih, insyaAllah

@nizam ariff : nak jual rumah pun payah sekarang ni.

Rapunzel Cikilolo said...

menarik sebagai ilmu pengetahuan baru.

saya pula, sedang develop on something.

saya rasa menyimpan itu satu beban untuk saya.

terima kaseh atas perkongsian.

ujie othman said...

Menyimpan tak akan membuat kita kaya (kecuali amaunnya tersangat besar). Tapi menyimpan akan membuat kita ada lebihan wang dan menghilangkan kerisauan tentang ketiadaan wang.

Nak kaya? Wang tu kena labur (buat bisnes cthnya).sbv jadi berganda2.

I am LZ said...

So far LZ amalkan sebelum membeli fikir dahulu ianya kehendak atau keperluan di samping berjimat dalam berbelanja dan lebihkan sedekah.. Bukan untuk kaya tapi dengan harapan supaya rezeki berpanjangan, in shaa Allah..

Faiz Zakaria said...

perkongsian yang baik.. ingatkan nk cerita pasal pelaburan, tapi rupanya pasal gaya hidup yang selalu orang lupa bila bab simpanan duit..

Miezy 69 said...

Menyimpan utk kaya tu perjalanan agak jauh.. Cuma skrg ni menyimpan utk kegunaan saat susah dan memerlukan da cukup memadai. Jgn handbang kasut penuh rak hampeh kalau kereta rosak menggagau cari kwn pinjam..

aizamia 3 said...

Menyimpan dan menggunakannya ketika saat susah dan saat memerlukan dah cukup memadai. Takdelah pening kepala mana nak cari duit ketika tengah susah.. :(