ADVERTHOLOGY

Thursday, September 13, 2018

Tanggungjawab Sosial : Berhati hati dengan sindiket penipuan (scammer)


Walaupun acap kali diperingati melalui iklan iklan di TV mahupun cetakan akhbar mahupun flyers tetapi kes individu tertipu dengan scammer sehingga kerugian wang ringgit yang banyak masih juga berlaku. 

Kadang kadang tak boleh nak hadam secara logiknya apabila seseorang individu sanggup memindahkan wang simpanan mereka dengan jumlah yang banyak ke akaun individu lain yang tidak dikenali selepas mendapat ugutan melalui telefon dari nombor dan individu yang tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis mahupun kastam yang mengugut dan mendakwa anda terlibat dengan aktiviti yang melanggar undang undang walaupun hakikatnya anda sendiri mengetahui anda tidak terlibat langsung dengan aktiviti tersebut.

Anyway, jika anda benar benar bersalah. Polis takkan call. Tau2 je dah ada depan rumah bawa waran tangkap.

Antara modus operandi sindiket penipuan ni selain dari mendakwa anda terlibat dengan aktiviti haram ialah ahli sindiket akan call mangsa dan menyamar sebagai kakitangan bank, pegawai mahkamah atau ejen kutip hutang dan mendakwa mangsa mempunyai hutang tertunggak yang perlu dilangsaikan dan tindakan mahkamah akan diambil. Maka, jika mahu selesai diluar mahkamah, mangsa perlu memindahkan sejumlah wang ke akaun pihak ketiga dan diugut supaya tidak memberitahu ahli keluarga berkenaan hal ini. Yang macam ni pun ada yang tertipu walaupun mangsa sendiri mengakui takde buat pinjaman dengan institusi perbankan tetapi mengaku takut kerana diugut di telefon.

Berhati-hatilah dan jangan mudah terperdaya.
Sedikit peringatan untuk dikongsi bersama.


  • Jangan mudah percaya dengan panggilan telefon dari individu yang tidak dikenali apatah lagi berkaitan hal serius seperti hutang bank mahupun tuduhan jenayah. Dapatkan maklumat lebih lanjut dengan terus ke bank atau balai polis.
  • Jangan membuat pindahan wang ke pihak ketiga atas alasan penyelesaian secara baik. Hakikatnya tiada arahan sepatutnya dibuat melalui panggilan telefon.Sepatutnya secara bertulis.
  • Jangan dedahkan maklumat peribadi anda kepada individu yang tidak dikenali ditelefon seperti no kad pengenalan, no akaun bank, no pin atm kad, username dan password internet banking.
  • Jangan benarkan individu lain menggunakan akaun anda atas apa alasan sekali pun.
  • Buat laporan polis jika menerima panggilan telefon yang mencurigakan di mana individu meminta anda untuk memasukkan wang kedalam mana mana akaun.


7 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

yang terbaru, ada panggilan dari mahkamah.

buat risau ja.

I am LZ said...

Mungkin ada antara mangsa tak terdedah dengan persekitaran atau tak mahu ambil tahu kes-kes begini.. Bagus post begini at least mendidik pembaca supaya lebih berwaspada.

Sunah Sakura said...

betul tu..jangan mudah sangat percaya benda2 ni...kadang2 mak ayah kita kat kampung tu yang kita risaukan sebab orang2 tu ni kan tak tau sangat benda2 scammer ni..takut termakan hasutan diorang tu..

lama tak nampak ewan

Miezy 69 said...

Ad dpt panggilan dr mahkamah.. Suara tengking2 gertak tny card credit tertunggak.. Kita rakyat biasa tkde card credit silap org la dia call trus da agak ni menipu ni huhu

Yg terbaru terbaca dr kwn yg kene pukau melalui panggilan call terus lepas tu mcm dipukau terus bg semua duit..

Hazmin Hamudin said...

hari tu satu office scammar ni call. Haha. Konon2 panggilan dari Hong Leong bank kata ada hutang bla. bla. Ceh.

Etuza Etuza said...

Setuju sekali ..semua kita wajib berhati2 ya

Teacher Basariah said...

Zaman sekarang makin ramai scammer. Kena bertenang dan jangan cepat gelabah bila terima panggilan yang tak dikenali tambah yang bagitau kita ada hutang dengan bank. Banyak kali gak saya terkena ni.