ADVERTHOLOGY

Saturday, October 17, 2020

kenapa 'in line' kalau boleh 'online'?


Bila kali terakhir anda melakukan urusan perbankan di kaunter bank?

Sukar sebenarnya untuk 'educate' pelanggan mendigitalkan urusan perbankan mereka. Faktor umur dan lokasi bukanlah faktor utama. Ada yang selesa menggunakan online banking dan ada juga yang masih konservatif mahukan segalanya dilakukan dikaunter.

Kalau online banking tu, nak bayar pembiayaan bulanan, nak trf duit ke mak ayah, boleh guna IBFT. Takde floating, terus masuk. Nak bayar bil? Ada JOMPAY. Topup e-wallet boleh guna FPX. 

Pendek kata kebanyakan urusan perbankan telah dipermudahkan. Tinggal kita sahaja nak buat benda senang atau masih pilih nak start enjin kereta pergi bank, pusing pusing cari parking.  

Musim covid-19 ni juga tak ramai yang boleh masuk bank sekaligus. Kena que kat luar, check suhu, scan qr code. 

Stay at home and digitalized your banking transaction.



8 comments:

Syazni Rahim said...

mungkin kurang pendedahan? dan mungkin tiada gadget? apa2 pun, saya sendiri dah tak recall bila last pergi bank. Even untuk buat loan kereta haritu pun, orang bank yang datang bawa semua dokumen dan mesin cucuk kad tu ke ofis haha

ewanthology said...

@syaz rahim : terbaik.

Warisan Petani said...

Wak dah pakai pembantu
Anak2 mahir bab2 online perbankan ni

ewanthology said...

@warisan petani : terbaik wak.

Zhi said...

Kadang-kadang kita beranggapan semua patut dibuat secara online saja. Memang macam tu lah ceritanya kalau nak mudahkan semua urusan. TAPI, kadang ada sesetengah perkara yang memaksa kita untuk ke bank juga. Dan kalau kita tgk siapa yang beratur di bank ni kebanyakannya mereka yang dah meningkat usia. Yang dah tua-tua. Yang rasa buat urusan di bank lebih mudah dari online. Suatu masa nanti, golongan konservatif ni akan hilang dan kita yang rasa modern sgt dgn teknologi online hari ni akan di pandang konservatif juga oleh golongan akan datang. Kan .. ?

Begitulah kehidupan.

ewanthology said...

@zhi : sudah tentu ada budi bicara untuk membenarkan warga emas melakukan transaksi di kaunter dan sememangnya kaunter dibuka untuk pelanggan warga emas dan transaksi yg tidak boleh dibuat mesin dan transaksi ini bersifat kadang kadang dan jarang jarang dan tidak ramai yang buat. Cumanya zhi, cuba lihat sekali lagi, lihat betul2 ... warga x emas juga ramai yang masih belum terbuka untuk melakukan online trx, online yg mereka terima hanyalah facebook, IG dan twitter... dan komplen di website bank.

Ma said...

Betul semua tu mudah bt melalui online receipt pn senang simpan. Statement pun boleh tgk terus..

ewanthology said...

@Ma : betul tu, trf duit ke bank lain pun free.