ADVERTHOLOGY

Thursday, November 12, 2020

ada apa dengan roadblock?

Sejak akhir akhir ini di dalam group whatsapp taman perumahan saya ini semakin kerap pula ada yang bertanya :

"Jalan A nak ke area B ada roadblock tak?"

"Kalau ikut jalan dalam dari C ke D ada roadblock tak?"

"Akak nak pergi ke E lah, ikut jalan mana ye yang xde roadblock?"

Apabila membaca soalan soalan sebegini dalam hati macam 'what the ****'.  Apa masalahnya dengan roadblock tu? Berani kerana benar. Kalau dah laluan kau nak pergi kerja tu ada roadblock dan kau ada surat pengesahan untuk hadir bekerja, lalu je la. Nak takut apa. Surat ada kan?

Ada urusan penting/mustahak boleh minta surat pelepasan di Balai Polis. Kalau betul betul urusan yang tidak boleh ditangguh confirm balai bagi pelepasan punya. Tunjuk sahaja surat pelepasan yang diberi tu apabila ditahan di sekatan jalanraya.

Kalau rasa takde supporting dokumen maknanya hal yang kau nak buat tu tak penting. Boleh tangguh. Lain kali boleh buat. Duduk sahaja di rumah. Kalau bosan boleh keluar pusing pusing taman. Kalau ada benda nak beli area dekat dekat rumah ada je Speedmart, MyNews, 7Eleven, Zeemart. Kedai makan pun bersepah masih buka. Pilih sahaja nak yang mana. Tak perlu sampai merentas daerah pun.

Tapi masalahnya ada yang fikir masa ni la sesuai pergi buka akaun bank / tabung haji / ASB sebab mesti tak ramai orang yang pergi ke institusi macam ni pada waktu sekarang ni. Yang masih nak ke shopping complex nya pun ada sebab katanya senang nak parking sebab parking lot banyak kosong. Banyak kosong tu maknanya ramai jugalah yang tak benak seperti mereka. Cukup 100 orang sehari fikir macam ni confirm tiap tiap hari penuh bank, jpj, jpn, tabung haji dan essential service yang lain. Hari hari sanggup beratur berjela. 

Apabila disuruh bekerja macam biasa mulalah komplen kes positif covid harian masih banyak. Disuruh utama kesihatan dan nyawa terlebih dahulu. Demand untuk diberikan cuti atau work from home. Tetapi apabila dah diberi work from home, tak work from home pun. Sibuk pula nak keluar rumah nak settlekan urusan tu la, urusan ni la.

Seakan akan covid-19 akan menyerang hanya apabila mereka pergi bekerja. Kalau pergi ke tempat lain covid-19 boleh 'kaw-tim'.


9 comments:

uncle gedek said...

Orang ni banyak sangat cerita... Masjid tutup bising. Masjid bukak tak pegi pon... hahaha

ewanthology said...

@uncle gedek : semua x kena ... haha

Syaz Rahim said...

samalah sini pun..haih

Ujie Othman said...

Haha..betul. heboh tanya kat mana ada rb. Rimas jugak membaca soalan2 gitu selalu.

Warisan Petani said...

Wak pun kalau dengar ada roadblock cuba elak lalu situ.

Nina Mads said...

rakyat malaysia semua tak kena.. itu tak kena ini tak kena sampai lupa nk bersyukur

Laura Cantik said...

wan.

aku terperuk kat sini sebab orang cakap turun ada roadblock.

dan sapa dari zon merah nak ke zon hijau kena kuarintin dulu.

jadi, aku malas ambil risiko aku duduk site ja.

Hayati Suki said...

haha..setuju sangat tu. mmg ada spesies mcm ni. Sisyat geram betul jenis yg risau lebih pasal roadblock ni. kalo rs tak salah, lalu je la kan. hehe

Litah L said...

haha pahamm