ADVERTHOLOGY

Saturday, December 12, 2020

Jangan belanja sangat

Saya faham kenapa ramai yang suka pergi kerja naik motor berbanding kereta. Saya juga dulu pergi kerja naik motor. Boleh cilok cilok tak perlu layan traffic jammed. Tak perlu bayar tol dan tak perlu bayar parking. Jimat masa, jimat duit.

Tapi kalau boleh pada yang membonceng isteri, anak perempuan, makwe, ambil berat sikit lah hal aurat tu. Kena pakai lebih sikitlah kasi tutup betis, leher dan kadangkala kawasan pinggang yang terselak sebab angin. Kesian kami kat belakang ni tertengok padahal tak nak tengok pun, takkan nak bawa kenderaan sambil tutup mata. Maunya jadi hal lain pula nanti. 

Nak kejar dunia pun (jimat duit minyak, duit tol, duit parking), jangan sampai lupa hal akhirat,(mendedah aurat). Keluar modal lebih sikit beli pakaian yang sesuai untuk naik motor.

Boleh kaya mana sangat pun kalau nak jimat duit minyak, tol dan parking tu. Kejar dunia tidak kemana, kejarlah akhirat nescaya dunia akan datang kepadamu.... ehh

Lama dah perasan hal ini dan rasa serba salah pula jika tidak ditegur. Setakat tegur di platform ini sahajalah yang mampu sebab sebelum ini tegur dalam hati...ehh lagi. Nak tahan motor tu di tepi jalan tak sempat pula. Yelah naik motor kan sebab nak cepat, sudah pasti sudah jauh kedepan. Macam tak kena pula nak tegur dijalanraya ye tak. Harap harap ada lah yang baca dan ingat ingatkan ahli keluarga yang lain. Rasa macam berkurang sikit rasa serba salah dan tanggungjawab nak menegur tu.

Tak salah naik motor, tapi aurat kena jaga ya . Jangan belanja kami. Belanjalah muhrim mu sahaja.

Ok Bye.




8 comments:

Syaz Rahim said...

Semoga mereka terima teguran dengan hati tenang

uncle gedek said...

Alaaaa... buat-buat potong makwe la pulak... (bisik sambil sigung siku)

Ujie Othman said...

Sekurang-kurangnya dah menegur, walaupun cuma di platform blog.

Perempuan kalau naik motor elok pakai seluar sebelah dalam kain, sarung juga outer mcm jaket. Barulah boleh terlindung aurat masa naik motor tu.

aswadz said...

tegur kat jalanraya, silap haribulan boleh gaduh tu.

Laura Cantik said...

ingatkan apa tadi.

ni mesti dah terserempak berhari - hari ke?

Warisan Petani said...

Ada tu, memang sengaja nak tayang

Ma said...

Kadang tengok smpai betis nampak. Atleast kalau pakai stokin panjang pun tak nampak da.. kdg kain ketat memaksa utk tarik kain lebih tinggi tu yg terselak habis.td igt cerita soal kewangan jgn belanja sgt suruh berjumat cermat di musim covid hehe

anamizu said...

takpe tegur di platform blog pun dah kira usaha hehehe