ADVERTHOLOGY
Tuesday, January 8, 2013
harga rumah 2013 dijangka bakal terus naik
Spekulasi berterusan, kenaikan harga tanah, kenaikan bahan mentah, kenaikan harga petrol dan kenaikan kadar pinjaman bank. Itu antara penyumbang utama kenaikan harga rumah yang disiarkan di dalam Harian Metro semalam.
Bagi golongan berpendapatan sederhana seperti saya ianya sememangnya menjadi masalah besar. Malahan ketika saya mula mula merancang membeli rumah dahulu saya ada membuat tinjauan di sekitar Bandar Baru Bangi. Harga rumah di sana sangat mahal dan rasanya yang paling minimum pun bermula dengan 280k untuk rumah teres dua tingkat. Nak cari rumah baru setingkat usah haraplah. Tak pulang modal katanya untuk membina rumah setingkat. Dengan kos pembinaan yang meningkat, tiap satu satu rumah "landed" mesti dijual pada kadar 250k keatas untuk menjamin keuntungan developer. Oleh kerana itu rumah teres dua tingkat dan keatas menjadi pilihan untuk dibangunkan. Kalau jual rumah setingkat, harga jualan paling maksimum pun boleh pergi sampai 200k sahaja. So, kurang untung padahal kos membina rumah setingkat dan dua tingkat tidak jauh berbeza kerana raw material dibeli secara pukal atau "bulk".
Itu cerita di Bandar Baru Bangi. Belum lagi melihat harga rumah di sekitar Kuala Lumpur. Kalau setakat bergaji kecil macam saya ni jangan haraplah nak beli rumah di KL.
Pilihan yang ada untuk golongan pekerja berpendapatan sederhana adalah di kawasan pinggir pinggir bandar seperti di Nilai, Sepang, Pajam malahan area Klang dan Meru juga harganya bolehlah dianggap mampu milik. Perlu di grab cepat cepat sebab kalau lambat harga kawasan tu pun boleh melambung naik. Kuasa spekulasi ni sangat besar pengaruhnya. Sepang dikatakan bakal terus membangun sebab berhampiran dengan Putrajaya, KLIA dan F1 circuit. Klang dan Meru bakal menjadi tumpuan kerana bersebelahan dengan Shah Alam dan macam macam lagi spekulasi yang ada.
Satu lagi penanda aras bahawa kehidupan di bandaraya ini semakin tinggi kos nya. Dan semakin melarat ke kawasan kawasan berhampirannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
Meru.. wah.. masuk senarailer.. hikhikhik..
saya beli rumah dengan harga mampu milik kat kawasan jin bertendang kat rawang, tu pun tak lama lagi bakal meningkat juga sebab interchange sungai buaya dah nak siap.
kesian kita...
memang! harga rumah naik macam roket. gaji naik macam siput
nice info :) isu pagi ni d ikim fm jugak~~ heee.. erm, beli umh kt kg je.. kan senang nyaman, tenang drpd kesibukan kota.. :)
haah. betulla. rumah dah sgt mahal. sy survey jugak area puncak alam pun dah naik 350k. kalau nak 280k apartment adalah. masalahnya apartment ni, maintenance mahal, parking terhad..
mohon beli sekarang... agagagaga
harga rumah kt BBB mmg mengerikan.. kt semenyih ok kot, kira murah gak.. phewww..berpeluh bila fkrkan nk beli umah ni..
tengok harga rumah sekarang nih memang menakutkan...
so far, aku tinggal kat rumah sewa je dulu..planning nak beli tanah dulu.
saya ada pi tanya area salak tinggi dulu..masih murah dan boleh dibeli..cepat2 grab..saya pon ngah cari umah..kalau x ada, saya balik duk kampung je laaa
mahalnya harga rumah sekarang.. nak beli flat pun tak mampu..aduh...
Gila macam ni.
makin susah orang nak kumpul aset kan.
agak agak, minimum harga rumah 3,4 tahun lagi, ada 400-500 ribu kan minimum.
kalau berterusan, silap2, orang melayu merempat di negara sendiri.. hmm...
hmm nampak nye kena kawen org kaya laa baru Na mampu ade rumah sendri ;D
aku nak habiskan sisa tua di kelantan jela, kampung bini. beli tanah. banglo setaraf 1 2 juta di KL lumpur, selangor, baru suku juta di kelantan atau mana-mana kawasan kampung. itupun kalau sudi duduk kampung waktu tua la.
kesian kita org2 yg bergaji sederhana....
tak berumah sendiri ler gamaknya...
:(
kita beli rumah merpati jaa ...
sebab rumah landed 2nd hand pon dah setengah juta..
ini kan pula rumah baru nak buat....
kesiankan bg mereka yg berpendapatan sederhana @ rendah
Setuju dengan Papa Mifz, takut tengok harga rumah sekarang.
Rumah murah ada tapi kat area jin pun malas nak duduk...nasib bg kita yg bergaji kecil ni..harga rumah sangat menggila....
Jom beli rumah di Pasir Gudang.Tiap2 tahun boleh gi pesta layang-layang. :0
spekulasi mampu menaikkan harga rumah..sebagai contohnya harga rumah kat bangi bakal naik kalau MRT 2nd line lalu situ..hehehe
Regards,
-Strider-
mujur dah beli rumah 8 tahun lepas... nak beli rumnah camtu sekarang ni, takkan dpt dah harga murah camtu.
Harga rumah sekarang pun dah memang melambung2 tinggi nya......
macam mana lah orang-orang muda nak beli rumah??? Nak2 kos sara hidup pun dah meningkat, tapi gaji masih di takuk lama......
Dengarnya, nak apply untuk Skim Rumah Pertamaku pun susah....
klu naik lg mmg sh la org mcm kita ni nk ada rumah.
cepat2 beli sekarang hehehe
saya beli rumah di nilai 2 tahun lepas... nilai harga meningkat dengan penuh kemerepekan...
dah memang trend kerja di KL tetapi tinggal di area sepang/nilai/seremban...
Dh ramai foreigner beli umah kat KL skang.especially singaporean.org kite mane mampu nak beli.dh mcm kene jajah pon ade.pakai duit je.sume skang freehold.
Post a Comment