Lupakan seketika perihal persiapan menyambut baby sulung saya. Kita kembali kepada persiapan renovate dan installation rumah yang di beli di taman melati.
Petang ahad saya dan isteri ke Houz Depot Jalan Tunku Abdul Rahman untuk survey harga perkakas rumah seperti lampu, water heater dan air cond. Didapati harga di sini jauh lebih murah daripada beberapa buah kedai elektrik yang telah saya kunjungi sebelum ini termasuk IKEA. Malahan harga yang ada juga boleh di beri diskaun tambahan jika dibeli dengan kuantiti yang banyak. Pilihan jenama juga banyak.
Saya membeli 2 set water heater panasonic dengan harga RM845, aircond jenama sharp berharga RM799 untuk 3 set, kipas ceiling berjenama deka sebanyak 6 set dengan harga RM897. Keseluruhannya sebanyak RM3900 dibelanjakan tetapi rasanya sangat menjimatkan. Penghantaran ke rumah juga adalah percuma bagi kawasan lembah klang. Tetapi kalau nak bawa balik sendiri barang barang tersebut pun tiada masalah. Sengaja saya letakkan harga dan jenama barang yang dibeli supaya rakan rakan boleh membuat perbandingan harga sendiri kelak.
Kepada rakan rakan yang berminat survey barang perkakasan rumah boleh cuba survey di Houz Depot di Jalan Tunku Abdul Rahman dan di persiaran surian, petaling jaya. Melihat kepada harganya saya rasa amat berbaloi. Tetapi jika ada kedai lain yang kerap menawarkan diskaun harga ke atas barang barang keperluan seperti ini diharapkan rakan rakan tidak keberatan untuk kongsikan diruangan komen ya. Maybe saya boleh survey ke situ pula next time.
20 comments:
kat persiaran surian dan jalan tar aje ke?
bila tiba masa saya memiliki rumah sendiri saya akan ingat tempat tu :)
Untung orang yg duduk di lembah klang
wow, aku akan ingat nama kedai ni..
kalau barang bawah RM50, beli kat kedai hardware kawasan rumah pun ok. tapi kalau banyak, memang kena usha dulu.
terima kasih info...
seronoknya bila dah ada rumah sendiri ni :)
pernah sekali je ke houz depot kat surian tu.. ingatkan kat situ hanya jual tiles(marmar lantai) dan brg2 hardware. tak sangka pula ada brg elektrik sekali.
last year sy baru beli water heater panasonic dgn DC booster pump model DH3KP1. kat kedai elektrik biasa saja. RM500.
http://mef.com.my/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=260 (spec dia)
seronok sungguh bila ada rumah sendiri, teruja beli barang2 rumah
:)
murah gk erk..byk brg tu..
wah.. tetiba rasa nak gedik manja dengan en. suami.. wink.. wink..
what about IKEA?? la la la la
Houz Depot yang kat depan pertama tu kan??barang2 kat sana memang kebanyakkanya murah sikit dari biasa..hehehe
Regards,
-Strider-
info menarik..bila dah ada rumah nanti boleh p sane
alhamdulillah, mybe kalau kena hari ofer lagi murah agaknyakan. Tahniah..banyak item tapi masih murah tu, kalau di Sabah, memang mahal berbanding sana..
seronoknya dia nak masuk rumah baru... ^_^
brg murah ni boleh bikin bibir lebar sampai telinga
Murah rezeki male..semoga adanya baby tu nanti bertambah2 murah rezeki tu.aminnn
kali pertama dgr nama houz depot.. kt area sy ada pc depot, hikk...
Salam.
Terima kasih banyak2 la abgiwn sebab kongsi ilmu bab2 rumah ni.. saya perasan, sejak dua menjak ni banyak info pasal ni kat sini, hehehe. Sangat membantu. Sebab saya tak brapa reti, ok, sbnrnya takut n cuak bila tiba bab2 berkaitan rumah ni..dari urusan jual beli smpai la bab2 beli brg.
In my list dah
Post a Comment