ADVERTHOLOGY
Thursday, August 21, 2014
pengeluaran caruman kwsp (akaun 2) untuk bayaran ansuran rumah untuk kali kedua
Ini adalah kali kedua saya membuat pengeluaran akaun kwsp atas sebab diatas. Kali pertama pada 2013 dan telah saya kongsikan dokumen yang diperlukan di entry ini.
Untuk kali yang kedua ini saya buat di pejabat KWSP Hentian Kajang. Pelanggan pun tak berapa ramai di cawangan ni. Lebih kurang 5 minit selepas ambil nombor giliran, saya sudah dilayan di kaunter.
Untuk permohonan pengeluaran kali kedua ini juga prosedurnya lebih mudah. Pemohon hanya perlu bawa surat pengesahan/penyata baki pembiayaan perumahan yang boleh di minta di bank pembiaya rumah anda mengikut format yang telah ditetapkan oleh KWSP. Mengenai format tersebut jangan risau sebab pihak bank dah tahu format yang dikehendaki oleh KWSP. Pemohon hanya perlu request sahaja kepada bank.
Selain itu bawa juga IC dan salinan muka depan nombor akaun bank anda untuk tujuan 'double check' memastikan nombor akaun anda itu betul. Pastikan akaun anda juga masih aktif.
Tak sampai 15 minit pun urusan di kaunter. Pemprosesan di pihak KWSP mengambil masa selewat lewatnya 15 hari bekerja. Dan jika permohonan berjaya, pemohon akan diberitahu melalui SMS. Malahan setiap bulan apabila wang dari akaun 2 tersebut dipindahkan ke akaun pemohon, SMS pemberitahuan pindahan tersebut juga akan dihantar kepada pemohon.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
hi, saya pun buat pengeluaran untuk ansuran rumah dari akaun 2 kswp. rasanya membantu juga bilamana untuk tempoh tertentu ansuran rumah kita dibayar guna kwsp. jadi duit gaji bulanan yang sepatutnya guna untuk monthly rumah boleh digunakan untuk tujuan lain. he he tapi xpasti berapa kali pengeluaran kita boleh buat? or it depends pada selagi akaun 2 ada duit, selagi tu kita boleh keluarkan.. ini kene refer kwsp balik kot.. kalau awak tahu, sila share info yer..
@Nur Cahayamataku : pembayaran di buat utk minimum 6 bulan dan ke atas, so selagi akaun 2 kita mempunyai baki mencukupi untuk pembayaran selama sekurang kurangnya 6 bulan, maka pemohon boleh memohon. kalau tak cukup, kena tunggu jumlah caruman cukup dulu.
Untung juga bila dah ada wang mencukup di akaun 2 tu kan. Boleh juga gunakan untuk bayar ansuran rumah. Menarik ni. Bolehlah saya buat pada masa akan datang.
Ooo... I baru beli condo kat Cheras. Installment bulanan dalam RM3,700! Akaun 2 KWSP boleh ler digunakan kalau ada masalah kewangan nanti...
Bagus juga ada kemudahan pengeluaran wang KWSP untuk pembiayaan rumah ni. Dapat juga bantu kewangan kita.
saya dah sah jawatan..pastu pilih pencen..agak2 bape lama baru boleh keluarkn duit dari kwsp?? ade org kata 3 tahun.
@nick nashram : kakitangan kerajaan ke? part tu saya tak tahu sebab saya kakitangan swasta.. so tak terpikir nk tanya ..hehe
Ok2 got it.thanks.
Post a Comment