ADVERTHOLOGY
Wednesday, November 20, 2013
petrol mana pilihan anda?
Saya tidaklah secerewet mana dalam memilih petrol yang perlu diisi untuk kereta saya. Buat masa ini saya menggunakan petrol shell sebab nak kumpul point bonuslink kad dan baru baru ni saya redeem 2500 point untuk dapatkan bagpack shell. Cuma kadangkala kalau dah terdesak sangat saya akan isi jugaklah di petronas sebab itu yg paling dekat dengan rumah. Shell yang terdekat di bandar baru salak tinggi dan kota warisan. Selalunya saya isi apabila nak pergi atau balik kerja.
Saya tak bandingkan pulak antara shell dan petronas yang mana satu saya boleh nikmati lebih kilometer apabila menggunakannya kerana pada saya penjimatan minyak itu lebih dipengaruhi oleh cara pemanduan, muatan kenderaan, keadaan tayar dan juga keadaan enjin kereta. Bagi saya sama sahaja. Malahan jika anda sering menggunakan lebuhraya SKVE di laluan hospital serdang menghala ke puchong pasti anda selalu lihat lori tangki shell dan petronas bersama sama masuk ke kawasan depot simpanan minyak di situ mengisi minyak untuk dibekalkan ke station station minyak di sekitarnya.
Isteri saya pula cenderung menggunakan Petron kerana katanya kurang berbau.
Anda pula bagaimana?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
36 comments:
Kalau berbual dengan kawan-kawan mekanik kan, ramai recommend Caltex sebab pakai teknologi Techron tu.
Ada jugak baca dekat Paultan pasal benda ni
http://paultan.org/2009/09/07/qa-what-is-caltex-techron/
Tapi tula interview macamni semua wakil syarikat akan cakap produk syarikat diorang terbaik, dan mungkin benda tu cuma placebo effect je kot.
Tapi ramaila yang rekomen Caltex Techron terutama bagi kereta yang guna RON95.
Shell
Sebab dkt dgn rumah :)
Ikut kereta. Kalo pki proton isi ptronas. Kalo perodua ku isi shell org kata lebih sesuai. Tp itu dulu...skang bawak kancil pun isi petronas..setuju dgn tmm.. Xde beza pun myk mne2..cuma sy elakkan cmpur2 kecuali darurat..
Husband suka petronas
ha ah. saya pun sekarang ni suka Petron sebab bau tak kuat macam tempat lain. tapi dari segi jimat tu macam lebih kepada Shell.
sama macam encik TMM jugak, ikut mana yang ada paling dekat, isi je. huhu
x kisah mane2. slalunye shell sebab boleh kumpul point bonuslink then redeem baucer parkson. Tapi biasanya antara shell dan petronas. tengok mane yang x ramai orang, yang tu kita tuju dulu
Saya tuang Petron.
Sebab minyak Petronas kotor,penuh sediment.
saya guna RON97 Shell. Tapi tak pernah redeem bonuslink. Rugi je rasa..
pun shell juga sebab tu paling dekat ngan rumah. kalau tak pun petronas.. :)
Beli barang kat Petronas, isi minyak kat Shell (sebab sebelah-menyebelah).. hehehe.. bagi adil.. dua-dua pun dapat.. ;)
Kadang2 isi minyak kat Petron..
ayu hentam ja mana pn..tak research psl ni.hihi
saya pilih petronas sebab bila saya isi minyak moto, mesti abang tu yang tolong isikan. keh3.
Shell lebih kilometer kotttt
pada den semua minyak sama jer...hehe
tapi biasanya den isi kat Petronas la...
petronas..lebih kilometer..paling tak lebih kilometer petron..hehe
shell :)
aku pakai shell, sebab ada sedikit power dan jimat..
shell ...
Sebelum pergi ke sekolah, pastikan kereta diberi minuman di Shell dahulu sambil kumpul mata Bonus Link...Heheeee
tapi aku memang ade dengar yang minyak petron sebenarnya bagus..cuma petron nyer marketing tak sekuat petronas or shell..aku pulak tak kisah pun sebenarnya mana2 minyak pun..hehehe
Regards,
-Strider-
Aku tak tahu.. aku ikut driver je. Haha
Pada saya, elok lagi kalau RON97. Sejak pakai RON95 ni, asap ekzos kereta saya berbau tengik. Tidak seperti sewaktu memakai RON97 dahulu.
shell ^^
uncle pilih shell... sebab budak yg jaga kaunter kat rumah uncle tu cun... hehe
(psstt... apps tu... uncle pon tak tahu! dengar orang cerita je! hehehe)
saya guna BHP sebab depa ada pam attendance dan depa ada mata ganjaran juga. Shell kalau ter emergency je isi.
tak kisah pun minyak mana2 pun...paling kerap guna petronas dan shell la...hee
shell dgn petronas ok aku rasa..tapi aku bangga isi kat petronas sebab aku suka team F1 petronas...Ahaks! rakyat Malaysia..
Caltex Techron terbaik. Tapi stesen dia tak banyak..entah mengapa agaknya.
From: Bila Karipap Boleh Bercakap
sya takde kereta tapi selalu naik dengan akak dia guna shell
saya guna shell
Petronas..kadang2 shell..kadang2 petron..
Yang pasti sy tidak akan gunakan Petron, kereta sebu takde pickup.. Samada Shell atau Petronas je yg sy selalu guna..
Salam.
Saya..isi dengan Petronas. Alasannya, itu yg paling dekat dgn rumah.
Cuma, kalau balik kekampung, saya isi je dgn apa yg ada. Kdg2 shell, petron.
Asalkan terisi penuh. Dan saya tak amalkan, dah tinggal satu dua bar, baru nak pi isi minyak.
Mana2 pun bedal aje
hmm...shell..lebih kilometer katanya..
saya suka minyak gamat..sbb licin je😝😝
Post a Comment