ADVERTHOLOGY

Saturday, November 14, 2015

iklan sewa rumah : buat sendiri atau lantik agent?



Untuk sebulan pertama selepas menerima kunci. Saya mencuba untuk mengiklankan sendiri apartment yang ingin disewa. Antara medium yang digunakan ialah iklan di Mudah.Com, mewar-warkan Facebook, Instagram dan jugak menempah banner untuk digantung di apartment tersebut. 

Dalam sebulan tu banyak jugak panggilan diterima tetapi tiada yang betul betul berpotensi mahu menyewa. Kebanyakkannya sekadar ingin tahu berapa harga standard sewa di kawasan tersebut. Ada juga yang ingin datang melihat dahulu apartment tersebut tetapi komitmen pada kerja membuatkan appointment dengan bakal penyewa yang berminat hanya boleh dilakukan pada hari sabtu dan ahad sahaja. So, ada yang bersetuju datang weekend, ada juga yang tidak dapat meluangkan masa pada weekend. 

Selepas sebulan lebih masih tiada hasil untuk cari penyewa sendiri akhirnya saya melantik seorang agent hartanah untuk membantu. Mengejutkan kerana tak sampai 2 minggu diserahkan kepada agent, apartment tersebut sudah ada penyewa yang nak masuk.

Saya bertanya kepada agent tersebut bagaimana cara beliau buat kerja? Katanya selain daripada iklan di Mudah.my, beliau mengiklankan apartment tersebut di iproperty.com kerana menurut beliau website tersebut lebih menjurus kepada hartanah dan ramai pencari hartanah mengunjungi laman web tersebut. So lebih ramai pelanggan berpotensi dan 'genuine' boleh didapati berbanding laman Mudah.my yang yang menjurus kepada jual/beli pelbagai barangan. Cuma kalau tak silap saya iklan di iproperty adalah iklan berbayar.Dan satu lagi katanya komitmen memang sentiasa perlu ada kerana waktu 'free' client tidak menentu dan sebagai agent dia bersedia setiap masa jika client ingin melihat rumah. Tidak kira weekdays atau weekend.

So, saya fahamlah kekurangan saya dalam hal komitmen masa tu. Dan jika ada yang bertanya mana lebih bagus. Saya menyarankan untuk menggunakan khidmat agent sahaja kerana mereka lebih mahir dalam hal berunding dengan client, dan komitmen masa yang mereka ada. Tak payah pun pening pening nak taip tenancy agreement sendiri sebab agent akan uruskan semuanya termasuklah hal stamping. 

Sudah tentu khidmat mereka bukan percuma. Selalunya daripada deposit dua bulan yang dikenakan kepada penyewa, sebulan punya deposit akan diambil oleh agent. Bukan masalah besar pada pendapat saya berbanding dengan banyak kerja yang telah dipermudahkan dan masa yang telah dijimatkan.




17 comments:

ctpayong said...

kadang2 masa ni memang menjerat kita. mungkin penyewa yg berminat rasa kita bukan genuine. mereka lebih percaya agent dari owner. mungkin juga kita tak pro atau memang tak pandai nak promote. memang sekarang 'mesti' ade agreement sewa rumah. yang macam kita2 selalu senang & mudah kena tipu.

Alhamdulillah...rezeki Allah dapat penyewa. Semoga dapat rezeki yg barokah, aamiin.

Dr K said...

Betul tu, saya rasa kekangan utama kita kalau nak buat sendiri, ialah masa kita. Potential buyer/ renter nak tgk property bila2 masa...

Selain sebulan deposit, ada apa2 lagi bayaran agent minta?

cikceriacorner said...

xpe asalkan ada org menyewa dan bulan2 dpt duit sewa..heheh

galaxie said...

Tq 4 sharing info

ewanthology said...

@daddy ziyad : agent ambil deposit sewa sebulan shj, sebulan deposit sewa lagi owner simpan bersama dengan deposit elektrik/air.

Kira Sakura said...

menarik!!!! sebab dorg buat semua untuk kita kan. berbaloi la bayarannya kan

suria lekatlekit said...

perkara biasa.. kita bayar memang memudahkan kerja berbanding kita nak jimat & buat sendiri. Perlu bersusah sikit

ma ❥ said...

bulan lepas sy letak rumah utk disewa dlm mudah. esoknya malam da dpt pnyewa. cuma letih la nak jwp dan balas whtspp. itu sebab mungkin sy punya komitmen kurang dan boleh buat temujanji weekdays jugak. sbb biasa org yg serius nak rumah ni biasanya nak cepat duduk... tu yang nak cepat2 tgk tak boleh tunggu weekend.

gadisBunga™ said...

wow. sebulan tuh...

agak banyak di situ.
Tapi kalau berbaloi takpe.. :D

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Tips yang mudah difahami abg iwan :)

Yg dpt sya conclude, faktor masa, dan teknik pengiklanan, both penting utk dapatkan potential penyewa.

aizamia3 said...

Nampak lebih mudah bila kita serahkan pada mereka yang berkenaan.

Unknown said...

lagi mudah guna agent . tak yah pening kepala nak atur masa cuma perlu sedia duit je ... lagipun cuma guna khidmat sekali je kan ...

Unknown said...

Penyewa mencari Rumah Sewa Kota Warisan
PM Fauzi Johan Realty
0127817473

ellynadyra said...

tq utk perkongsian
aku baru je dpt penyewa selepas 3 bulan mengosongkan rumah
cumanya aku tak la iklan dan gantung banner bagai
cumanya kelecehan
aku kena buat agreement stamping bagai
hahahhahahah

unid said...

Ada syarikat yang pihak tuan boleh rekemenkan untuk menjadi agen di Pulau Pinang?

ewanthology said...

@unid : takde.

SpeedHome said...

Halo, Maklumat hebat yang anda kongsi tentang Iklan Rumah Sewa . Terima kasih banyak-banyak