ADVERTHOLOGY

Tuesday, January 29, 2013

merenung renung masa depan



Jika diizinkan Allah, tahun ini akan ada dua perkara besar yang bakal saya hadapi. Pertama, kelahiran cahayamata sulung yang dijangka Julai nanti dan yang kedua berpindah ke rumah sendiri yang ketika ini di dalam peringkat terakhir sebelum proses serahan kunci dibuat. Yang mana satu dulu, saya tak pasti tapi yang pasti dua dua perkara ini perlukan persedian di peringkat awal.

Perihal rumah, sudah mula membuat tinjauan harga kabinet dapur. Semalam ke IKEA melihat lihat design dan range harga. Barang kat IKEA ni rasanya semua sedia maklum kebanyakkannya nampak simple dan modern look yang mana sememangnya menepati ciri ciri yang diinginkan untuk rumah saya nanti. Range harga untuk kabinet dapur kena standby dalam RM10,000 termasuk upah pemasangan dan penghantaran. Saya memang dah tetapkan sebelum masuk rumah baru ni saya nak letak kabinet dapur dulu, ubah pagar depan supaya dua kereta boleh masuk dan tambah awning depan so dua dua kereta terhindar dari cahaya matahari. Nak ubah pagar kena allocate dalam RM3,000 dan awning tu depan pada material dan rasanya RM5,000 dah memadai untuk bajet dan maybe ada lebih kot.

Perihal 'the malay male jr' pulak saya dan isteri memang dah start survey harga barang sejak awal kemunculannya di dalam kandungan isteri lagi. Sekarang ini kalau pergi shopping complex memang tak sah kalau tak singgah ke kedai jual barang baby ni. Setakat ni 'ANAK KU' provide harga yang murah sikit berbanding yang lain. Katil baby dalam RM350, Stroller dalam RM900 dan tempat mandikan baby dalam RM150. Itu belum pakaian baby, botol susu dan mesin pam susu untuk mak dia lagi. Banyak lagi benda yang tak abis survey. Tapi still ada banyak masa so tak kelam kabut sangat.

Itulah dia, mencabar sungguh tahun ini. Banyak benda nak kena plan. Dah jadi macam misi dan azam 2013 pulak. Cuma bezanya sebelum sebelum ini buat azam untuk diri sendiri tapi sekarang azam untuk masa depan dan keselesaan keluarga pulak. Kena start awal awal so tak kelam kabut di kemudian hari. So far so good. Harap harap segala galanya dipermudahkan oleh Allah. Yelah, kita hanya merancang, Dia yang menentukan.

38 comments:

waterxcolour said...

Jadi bapa nanti berkasih lah selalu dengan anak. Sayang bagai menatang minyak yang penuh. Good luck jadi bapa.

C!kpuanmuda® said...

Persedian awal memang perlu untuk memudahkan kita. All the best!

Niza Romli said...

Alhamdulillah..semua tu berupa rezeki. Bagus, ada perancangan awal ni.

AyueJean said...

Semoga segalanya dipermudahkan.....

whitecappuccino said...

sekurang kurangnya semua dh dlm perancangan..bagusla tu..seronoknya nak dpt baby n masuk rmh baru.

Rapunzeel Cikilolo said...

Semoga dipermudahkan....

Ikea kitchen cabinet mmg range tu kan? Kalo la org kite buat sekemas itu pasti ada untung mcm ikea... Hehe

Papa Mifz said...

try survey tempat lain bro,dengan budget bro RM10,000 untuk kabinet dapur rasanya dapat yang lebih cantik dan berkualiti daripada kabinet dapur Ikea...

intanfirdaus247 said...

ALhamdulillah , dalam cabaran itu ada manisnya kan.errr boleh tak buat entry tentang cara2 step nak beli umah yang baru dibina atau yg 2nd hand..if ada masa la..:)

Hafizin Jamil said...

good luck bro.. persediaan dan budget awal - awal. perancangan yang terancang.. :)

Etuza Ezawarna said...

nampak tak rezeki anak, alhamdulillah moga dimudahkan urusan ya...bijak tu ada rumah sendiri, lebih berdikari...

Nong Andy said...

banyak gak benda nak fikir dan $$ dah guna tahun ni ya... harapnya berjalan lancar.. :)

Muttallif said...

Taliff pula insya-allah akan menimang cahaya mata pada Mac nanti. Untuk semua barang baby sudah siap dibeli. Cuma tinggal sedikit sahaja lagi yang masih tertinggal.

Jenama baju Anakku memang antara yang termurah jika dikira. Tapi, kadang-kadang inginkan kelainan dalam pemakaian baby, terlajak juga membeli barangan jenama lain :)

Untuk rumah bro, periksa semua sebelum menerimanya nanti. Terutamanya yang tidak nampak dimata. Seperti sistem eleketrik dan air. Takut-takut ada yang tidak berfungsi dan bocor.

Semoga berjaya dengan kehidupan dalam tahun 2013.

Anak Pak Muin said...

congratz2 bro..ade rumah kire setel da r

dee said...

suka!
nak tgk baby baru nanti :)

dee said...

suka!
nak tgk baby baru nanti :)

Kakzakie said...

Perancangan yg terbaik. Kakak salute cara yg begini. Kalau boleh biarlah selesa dan bahagia membawa keberkatan. Kalau ada perancangan tak kesal di kemudian hari..

KonspiMaker said...

Semoga Allah permudahkan urusan dan dimurahkan rezeki ye

MizzTina said...

umah baru kt mana??

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Alhamdulillah sekurangnya semua tu dh dalam perancangan kan..moga dipermudahkan segala urusan yer

Khairul Antasha said...

moga dipermudahkan segala urusan anda dan isteri. Amin. :)

Lan Bingka said...

rezeki ko bro.. semoga dipermudahkan

ghost writer said...

tak menang akal berfikir, tak menang hati bersukacita..amboii. settle one by one, bro. :)

Azlan Strider said...

Semoga segala benda yang dirancang akan berjalan lancar amin...btw aku pun memang jenis suka barangan ikea..nampak simple dan menarik..hehe

Regards,
-Strider-

Wan Ahmad Izudean said...

wooo..all the best. seronok bila ada yang baru ni :)
masuk IKEA. muntah pelangi..hehe

Semut Senyum said...

Alhamdulillah.. rezeki Allah limpahkan tu...
Saya tumpang happy... pejam celik, pejam celik tak lama lagi sampai lah bulan 7. Moga isteri dan baby selamat dilahirkan...

nanti boleh buat entry pasal baby hari2... =)

4feet8 said...

byk juga eh.. sebelum kabinet dapur difikirkan, rumah tu dah siap ada lampu kipas sendiri ke wan? kalau takde, kena fikir juga. lampu, kipas, aircond, berapa punca semua. sebelum pasang kabinet tu. soket ada berapa kat dapur. oh ya, ni rumah ni, dirian batu bata merah ke bongkah? kalau bongkah, dinding susah sikit nak tebuk lubang. kalau batu bata, senang nak tambah soket dikemudian hari..

besnya dah nak pegang kunci.. sy ni survey lagi..sime darby mcm tgh buka tanah kat area nilai.. mcm jauhla pula nak ulangalik dari nilai ke PJ.. mm..

Khai faiz said...

anak kita sebaya la nanti... heheh

azwa amani said...

setiap dekad, tahun, bulan, hari, masa, detik hingga saat pasti ada bermacam perubhan dlm hidup,.. dari perubahan yg kecil hingga ke perubhaan yg sgt besar dlm hidup.. tahniah father to be, maaf amani lama menhilang x baca blog ni.. sorry,..

Chipsmore said...

semoga dipermudahkan segala urusan.. InsyaAllah.. :) Congrats, xlma lagi jadi bapa.. ^^

Evagurl Izma said...

banyak pakai duit tu..
tp takpe, barang yang boleh dipakai utk jangka masa panjang kan. it's worth :)

faiq said...

hehe..tahniah sbb dah ada rumah sendiri...aset tu

elly nadyra said...

Wah 2 benda besar ni, good luck!

EL MARIACHI said...

welcome to the club...

Dezee said...

Jangan lupa..simpan skit untuk masa depan dia. so baby lelaki la ea? XD

nadia said...

tuan,
moga entry nadia ni membantu tuan sikit sebanyak :))

http://www.nadiafarahida.com/2012/09/kitchen-kabinet-dan-kos-pengubahsuaian.html

aizamia3 said...

persediaan awal perlu ada agar tak kelam-kabut ketika sampai masanya nanti.. :)

best.. teruja lak ai baca entry ni.. ;)

inche hlovate said...

wow best nye nak dpt baby.. takpe survey plahan2..byk masa lgi

caliph shuriken said...

smoga dipermudahkan sgala urusan, bro ^^

adik sy baru dapat bb girl, hikk...