ADVERT

Thursday, January 31, 2013

tips membeli rumah : logistik



Tidak dinafikan dalam memilih rumah, perkara logistik harus dipertimbangkan. Jarak antara rumah ke tempat kerja misalnya haruslah tidak terlalu jauh bagi memberi keselesaan jangka panjang kepada pembeli. Bagi yang bekerja di Kuala Lumpur, kesukaran mendapatkan rumah yang berdekatan dengan tempat kerja adalah perkara biasa kerana nilai hartanah yang terlalu tinggi. Maka kawasan pinggir bandar sering menjadi tumpuan kerana harga yang mampu milik.

Jarak 35 kilometer dari rumah ke tempat kerja masih boleh dianggap munasabah jika anda mempunyai kenderaan sendiri. Antara kawasan yang boleh dipertimbangkan ialah Pajam, Nilai, Salak Tinggi, Sepang, Meru, Setia Alam dan Rawang kerana harga pasaran mampu milik dan di jangka bakal naik kelak. 

Tetapi jika anda tidak mempunyai masalah kewangan dan mempunyai bajet yang tinggi, tiada masalah untuk mendapatkan rumah di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

35 comments:

Warna Warni Kehidupan said...

masih mencari2 rumah yang sesuai dengan kemampuan. Kerja di Putrajaya, mungkin Nilai atau Salak tinggi lebih sesuai..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nice tips :-)

AyueJean said...

Memang betul...
Kat Kl susah nak dapat rumah..
Banyak kawan2 yang beli rumah luar Kl & ulang alik ke tempat keje....

dee said...

KL- umah bangi pon mahal kan. haihhh
acane tah zaman bkeje sy kelak. sobss

hanaahmad said...

kalau aku, mahu membeli rumah di tanah kelahiran. mungkin.

Felly Sophia said...

Rumah sekarang makin mahal.

wahida said...

aku ni keje KL, beli rumah kat rawang...setiap hari berulang alik...mula2 rasa jauh, lama2 dah biasa dah...terpaksa beli rumah kat rawang, sbb kat KL melampau betul harga dia...tak masuk akal...

smbotak said...

kalau tak silap, tempat2 tu pun dah mula meningkat harga hartanahnya. mungkin sebab pembangunan tu makin menular ke arah selatan (seremban) kot...

Lyaa Suriany said...

Gaji 2 ribu lbh nk beli rmh kat kl. memang tak brapa nak mmpu.
mampu pandang je
haha

Kakzakie said...

Setuju... tapi kalau kakaklah walau ada duit (berangan ni hihi...) tak nak juga tinggal di tengah bandar. Kakak lebih suka pinggir bandar, mungkin sebab kakak org kampung kot:)

Kancil 8349 said...

setuju tu

Azlan Strider said...

betul tu..selain tu spekulasi mampu meletakkan nilai hartanah satu-satu tempat itu tinggi..sebagai contoh pungumuman laluan MRT yang dalam pembinaan membuatkan hartawah kawasan sekitar naik sedikit..hehehe

Regards,
-Strider-

Papa Mifz said...

rumah den ke tempat kerja sejauh 40km...:)

Chipsmore said...

Jarak tu pntg kan... payah kalau jarak rumah jauh dgn tpt keja..

inche hlovate said...

begitu juga bila kita nk menyewa rumah kan..jarak tempat kerja dengn rumah paling diutamakan. jarak rumh sewa sya dengan tempat kerja tak thu la bpe km tapi naik LRT 1 station je dah smpai :)

EL MARIACHI said...

sekarang area Pajam sedang hot in residency...

fadh leyanie said...

bukan kata harga rmh sekitar KL tinggi,sewa rmh pn sama.

Nick Nashram said...

lokasi ngan tempat keje tu penting.
kalo lewat bgn tp tmpt keje dekat selamat r..haha

Anak Pak Muin said...

rumah bagus yang berharga murah cume boleh ditemui dalam mimpi...

gadisBunga™ said...

rumah saya jaraknya lebih kurang 400km dari tempat keje. hahaha!

whitecappuccino said...

rumah akak ke tempat krja 7 km sja..:)

Scarlett O'Hara said...

Rumah dengan sekolah 7 km je jaraknya.Alhamdulillah...

Muttallif said...

Betul tu. Logistik memang satu perkara yang perlu difikirkan. Tapi, semakin dekat rumah dengan bandar bermakna semakin tinggi harga hartanah itu.

Chic Na said...

byk benda nak kena pertimbangkan. kalau boleh nak rumah sebelah ofis. huhu..

miz ruha said...

kalau dapat rumah yang dekat ngan tempat kerja, memang untunglah...
tapi sekarang rumah makin mahal... makin dekat ngan bandar, makin mahal... erm...

Syazana Nazri said...

nak cari tempat kerja yg dekat dgn rumahhh! Hahahah

aizamia3 said...

saya berada di pinggir bandar.. tak mampu nak beli yang dalam bandar.. ;)

Kerdildesa said...

Setuju. Aku juga mengahadapi masalah yang sama.

Rapunzeel Cikilolo said...

huhuhu.

memang tak mampu nak beli rumah dalam KL...

Etuza Ezawarna said...

rumah ni amat penting..kalau dapat kena " Rumahku Syurgaku " lagi baik..usahakan yang terbaik ya

Jna marcello said...

haishh berdoa semoga Na akn mampu 1day beli rumah =)

intanfirdaus247 said...

baru hari sabtu baru ni ada sorng kawan kol intan, member dia nak jual rumah..In Shaa Allah akan cuba beli ..sebab baca2 tips kat sini juga telah membantu kiter tau! heheh.tq

Mr.Clive said...

hoho...memang faktor jarak memainkan peranan yang amat penting dalam pemilihan rumah...

Azham Vsvc said...

Saya nak cari rumah di sekitar KL huhuhuhuhu......

elly nadyra said...

X suka duk kl sbb sesak. Aku sanggup berulang jauh janji x duk kl, tp skang best opis umah 10 minit sbb opis dh bkn kt kl, jam free tau