ADVERTHOLOGY

Saturday, June 6, 2020

kisah serba salah


Pernah tak berlaku situasi saudara mara atau jiran sebelah rumah cuba mengawal kenakalan anak anak mereka dengan menyuruh kita tolong 'marah'kan anak anak diaorang?

"Haaa, tu acik ewan datang tu, nanti acik ewan marah baru tau"

"Acik ewan tolong marah budak ni acik ewan, degil diaorang ni main bising bising, berlari tengah panas"

Macam tu la lebih kurang dialog dia.

Kalau kita acah acah marah dengan kata "aaipppp" sekalipun risau juga maknya terasa pula. 

"ehhh, dia marah betul2 plak anak kita"

"tau la kita jaga anak kita"

Haaa... serba salah bukan. 

Setelah berfikir panjang, demi kelangsungan keharmonian hidup di masa hadapan, sekadar tersengih sahajalah yang boleh dibuat apabila mak ayah diaorang suruh 'marah' anak diaorang.

Korang marah la sendiri anak korang. Kalau mak ayah marah pun anak dah tak hairan, inikan pula orang lain yang tiada kena mengena.




10 comments:

dorsett pink said...

kalau jadi macam tu, memnag serba salah kita nak marahkan anak tu atau tak. kalau saya, saya tak marah, just nasihatkan jer, kalau tak nak dengar lantaklah. sebab nak marah macam tak sesuai pulak sebab tu anak orang

Empayar Utama said...

Senyum sajalah. Kita tak kenal hati budi orang lain, kannnn...
Salam Idilfitri juga dari saya, terima kasih sudi berkunjung ke blog saya :)

Wak Lat said...

eyhh sapelar x sayang anak., tapi adakan., bang ewan khannns., hehehe

Syaz Rahim said...

Seram jugak nak marah2 anak orang ni haha

abuikhwan said...

kaau anak buah sendiri ok je..tapi xlah marah sampai lupa diri hahaha... just nasihat sambil buat kelakar.

Sunah Sakura said...

betul jugak tu ek...pernah gak kena situasi macam ni..jadi blurr pulak nak marahkan anak orang macam mana...haha

uncle gedek said...

Sama juga dengan ayat.... "Ha! Polis datang tangkap kang"

Tiba2 polis pulak terbabit! hahahaha

aswadz said...

tapi yang peliknya, kekadang budak-budak takut dengan orang yang berapa dia kenal.

@mnsiabrubah said...

marahkan mak ayah budak tu dulu la.. pandai-pandai buat jiran rasa serba salah, tak patut langsung ..! hehehehe.. :p

...

anamizu said...

haah selalu jugak kena gitu. ehhhh mcm lah tugas kita ni marah anak orang aje kan kehkehkeh