ADVERTHOLOGY

Tuesday, October 27, 2020

memakai jersey tanpa bermain bola


Kadang kadang tu kita beli jersey bola bukan sebab kita minat/sokong team tu pun. Sebab jersey dia cantik. Berbaloi untuk dimiliki.

Contohnya jersey team Paris Saint Germain (PSG)  ketika Fly Emirates sponsor dan ketika usahasama dengan Jordan/Jumpman. Gempak dan orang kata 'smart' jersey nya. Maka, saya beli. Edisi dengan Jordan tu pun kira limited edition.

Saya juga pernah memiliki jersey putih Real Madrid. Bos sponsor semasa join tournament futsal. Lama dah. Baju tu pun dah jual melalui carousel.

Team yang saya sokong ialah chelsea dan kali terakhir beli jersey chelsea ialah ketika Fernando Torres main dan musim tu chelsea juara Champion League. Masa tu masih tajaan Adidas dan Samsung. Sebelum tu ada beli jersey putih biru Umbro dan Fly Emirates. Zaman Hernan Crespo main kat Chelsea. Jersey Nike zaman Yokohama dan Three sponsor ni tak berapa minat.

Cumanya kalau smart dan comey macam mana pun kalau dah team Manchester United dan Liverpool yang punya, memang takkan berkenan nak beli la. Walaupun dapat free, naya ke bahan nanti !! Hahaha


10 comments:

uncle gedek said...

Haha! Ramai je dihard fan yg kaki bangku lagi!

ewanthology said...

@uncle gedek : betul sgt .. hehe

Syaz Rahim said...

saya lah salah sorang yang beria beli jersey tapi pakai tido haha

ewanthology said...

@syaz rahim : haa, selesa kan .. :-)

Laura Cantik said...

yang paling penting, perenggan akhir tu. take note semua.

haha.

hai ewan. lama tak jumpa.

ewanthology said...

@laura cantik : hi..dah tukar nama .. :-)

Zhi said...

Kali terakhir membeli jersey masa World Cup beberapa tahun lepas. Beli jersey Spain. Rasa semangat lain macam bila tgk bola pakai jersey team.

ewanthology said...

@zhi : Spain juara plak masa tu kan :-)

Khairul Krol said...

Saya beli ja mana2 jersey pun hehe..tak kisah team mana..asalkan lawa hehe

ewanthology said...

@Khairul Krol : terbaik.