ADVERTHOLOGY

Thursday, April 18, 2024

Selamat Hari Raya

Dah nak masuk 10 Syawal baru nak wish. 

Semoga ukhwah antara kita terus berkekalan walaupun sekadar membaca blog post dan melihat gambar di IG.

Tahun ni raya biasa biasa sahaja. Tema baju raya pun tak sama. Yang gegurl warna green sage. Baju melayu saya tiba tiba warna nude.

Macam tahun lepas juga, yang gegurl tema orange brick, baju melayu saya warna apa entah lupa apa namanya sebab baju melayu orange brick tahun lepas susah nak cari. tahun ni bersepah pula warna orange brick.

Maknanya apa? maknanya saya advance setahun. Orange brick orang rumah tahun lepas dah pakai.

Tahun depan ingat nak beli baju melayu warna torquise atau light purple la.


6 comments:

Pha Is said...

selamat hari raya.. saya pun tahun lepas ingat nk cari baju melayu.. asyik kurta je.. heheh

Time Traveller said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon Maaf Zahir Dan Batin juga :D

Time Traveller said...

Payah juga kalau dpt wife yg nak suh semua baju warna sama.. kita ni pula jenis pakai baju melayu tak kesah warna.. janji enjoy hahahah..

uncle gedek said...

Alaaa... tak best la cerita saja...

Buktikan dengan gambar...

hehehehe

ewanthology said...

@uncle gedek : Alah uncle ni mcm x biasa, IG kan ada :-)

Laura Cantik said...

tahun ni aku pilih warna kuning mustard.

selamat hari raya maaf zahir batin.