ADVERTHOLOGY

Friday, March 12, 2021

Akal panjang

 

Sebenarnya idea untuk letak nama anak mula dengan huruf A ni datangnya dari isteri saya. Katanya kalau nama huruf A selalunya akan dipanggil terlebih dahulu dalam apa apa hal terutamanya masa nak buat presentation. Maka tidaklah terketar ketar budak tu menunggu giliran sampai. Sebab semakin lama menunggu semakin berdegup kencang pula jantung tu.

Saya pula kalau nama bermula dengan huruf hujung hujung pun tidak mengapa. Paling kurang, sementara nak tunggu giliran tu sampai, ada peluang untuk cabut lari.

Bijak tak saya?


8 comments:

Warisan Petani said...

Ingatkan nama anaknya Akal bin Panjang

uncle gedek said...

anak2 uncle semuanya menggunakan 4 huruf...

Sebab?

Senang uncle nak ingat... hehehehe

Syaz Rahim said...

haha! betul jugak tu kata isterinya, saya nama start huruf N ni akui statement itu

Ujie Othman said...

Ada betulnya cakap isteri Iwan tu.
Tapi saya prefer F macam nama saya sebab tak terlalu awal dan tak jauh sangat tunggu..hehe

Wak Lat said...

trend anak2 jaman now panjang2 last2 pangil lain pulakk.. 😅

Mrs. A said...

Itulah anak-anak Mrs. A pun nama tiga-tiga mula dengan huruf A.
Tapi ada orang kata elok letak awal nama Muhamad untuk lelaki sentap sikit masa tu.

aKUmUZIKfILEM said...

EWAN. BUAT BLOG MASIHG BOLEJ MONETISE LAGI KE?

AKUMUZIKFILEM

Ma said...

A ok asalkm jgn Z mmg last hehe