ADVERTHOLOGY

Thursday, April 10, 2014

mengapa pelanggan perlu membayar harga plastik beg?





Jika benar kos kitar semula beg plastik lebih tinggi daripada kos pembuatannya, maka adalah lebih elok dimansuhkan sahaja penggunaan beg plastik di kedai kedai dan pasaraya dan digantikan dengan penggunaan beg kertas. Tak perlu kempen 'NO PLASTIC BAG DAY' di setiap sabtu dan tidak perlu dipindahkan bebanan kos RM 0.20 tersebut kepada pelanggan yang tiada pilihan selain menggunakan beg plastik pada hari tersebut. Laksanakan sahaja penggunaan beg kertas di seluruh negara menggantikan beg plastik. Menyediakan beg kertas adalah tanggungjawab peniaga, bukan pelanggan. 



18 comments:

ma ❥ said...

setuju!!!!!!! pernah terdetik kat hati gak...dah la cut cost mereka lepas tuh menambah pendapat pulak tu dengan menjual beg plastic!!! ni untuk alam sekitar semata2 ke atau mengkaut keuntungan sama?

Chot said...

setuju..ke kos buat beg kertas lagi mahal kot? Rasanya kalau nk selamatkan alam sekitar betul2..lebih baik bg bawak troli/carrier sendiri.

No name said...

Masalahnya, cos penghasilan bag kertas lagi mahal dari kos pelupusannya. Terbalik dari plastic.

Ini sebenarnya nak educate orang ramai, supaya jimat. Kalau boleh, bawak bag sendiri setiap kali membeli. Hari sabtu, adalah sebagai training saja. Kalau ada kesedaran, tak perlu tunggu hari sabtu, hari2 standby bag kitar semual dalam keta. Semua untuk masa depan dan alam juga.

Sofea said...

ada cara lain.. kita kena bawa beg sendiri.. kalau boleh beg ikea yang besar tu..

Anasyg said...

setiap bulan satu family saya shopping bawak 8 biji green-bag. semua orang pandang laen je.
*save the earth people, no other planet serves chocolate.

suesue said...

totally agree! i think the probability of Malaysian who bring their own shopping's beg only 2/10 while the rest buy the plastic beg..including me..hihi

najihahfara said...

it depends pada setiap org act. ada orang dia x kisah nak bayar, dan ada orang sangat kisah kan 20 sen. Tapi memang penggunaan plastik ni kekadang dah teroveruse sampai macam2 masalah jadi.

Sya_Merpati Putih 88 said...

sangat setuju..
sy rasa kempen no plastic beg nie sekadar melepas batuk ditangga sahaja / kempen sekerat jalan.. :p

sbb di kata kempen no plastic beg, tapi kalau customer nakkan beg (be palstic) kena bayar pulak.. patutnya peniaga sediakan beg kertas ke / beg kain ke...

Pha Is said...

stuju..!!! ni semua cuma sekadar nk kaut keuntungan lebih je.

Tinta Lana said...

Sebelum keluar rumah, memang kitaorg ingtkn diri bawak beg plastik sendiri. Tapi bila dah smpai tmptnya, bukak pintu kereta.., "lupa bawak beg plastik lagi.."

Kurg berkesan bila dilaksanakan hanya seminggu skali..

Encik Gaara said...

setuju dgn penggunaan beg kertas..di luar negara dah lama buat..

! Arjunakirana ! said...

Relek la bro... ini semua strategi nak pungut duit rakyat... sape kita nak mengubahnye... cakap pun tak guna... adoiyaiii

intanfirdaus247 said...

salam tmm:) lama x jengah sini..saya lama x update blog dan x bw..:) setuju juga...tgk lau negara da lama guna paper bag nih

intanfirdaus247 said...

salam tmm:) lama x jengah sini..saya lama x update blog dan x bw..:) setuju juga...tgk lau negara da lama guna paper bag nih

Anonymous said...

Aku sentiasa sumbt semua dlm beg sandang aku.

Evagurl said...

doesnt have to be that way. klu btul nak lupus, jgn kasi terus. jd customer automatic akn bawa beg sendiri

caliph shuriken said...

yup, setuju.. direct jaa proceed x perlu nk pusing2 citer kn ^^

Ooh Deo said...

kena prepare bakul yg ada tayar tu dalam kete..