ADVERTHOLOGY

Thursday, August 27, 2015

sekatan menjual rumah di bawah 5 tahun



 bukan sekadar gambar hiasan
Mungkin ada yang tahu tetapi saya baru je tahu. Mungkin sebab tak ambil tahu sebab masa tu belum ada perancangan menjual rumah. Bila dah ada yang nak dijual ni barulah mula mencari info perihal penjualan rumah.

Sebenarnya ada cukai yang akan dikenakan kepada penjual rumah yang ingin menjual rumah mereka yang masih dibawah tempoh 5 tahun dari tarikh perjanjian jual beli (S&P) ditandatangani. Cukainya berjumlah 30% dari hasil keuntungan penjualan rumah tersebut. 

Pada mulanya memang terus terbantutlah niat nak menjual rumah. Memang tak lah kan sewenang wenang nya nak bayar cukai tu kat kerajaan. 30% tu banyak woooo....

So, setelah selidik punya selidik rupanya ada pengecualian jika rumah yang ingin dijual tersebut adalah rumah pertama yang hendak dijual. Maksudnya,jika kita memiliki lebih dari sebuah rumah dan ingin menjual salah satu daripadanya, ada pengecualian cukai. Tetapi jika nak jual rumah kali kedua, maka perlu bayar cukai tersebut. 

Selain dari cukai tersebut. Sekatan juga boleh dikenakan oleh bank yang sesetengahnya mengenakan caj/denda jika peminjam ingin menjual rumah dalam tempoh tertentu. Dinasihatkan peminjam menyemak perjanjian jual beli (S&P) dengan bank untuk mengetahui sekatan sekatan yang mungkin dibuat oleh bank. Jangan main tandatangan je agreement tu sebab banyak sangat helaian yang perlu dibaca.

Untuk maklumat cukai yang diatas tu pulak boleh minta pandangan dan info dari lawyer firm ataupun real estate agent yang berdaftar. Mereka sudah pasti lebih arif dalam hal ni.

ps : jika anda menggunakan mobile phone, sila klik 'view web version' untuk view yang lebih baik.

22 comments:

Syaf said...

saya aware pasal bayar few percent dari harga rumah kalau nak jual dlm tempoh kurang 5 tahun, sbb waktu beli haritu lawyer ada cakap sembang2 pasal ni. cuma pasal exclusion utk rumah pertama tu saya pun baru tau lepas baca ni.

Chot said...

baru tau..1st house xkena..next baru ada..tp kalau bnk pulak xkira la rumah keberapa mmg boleh ade penalti ek. thnks for info...

aizamia3 said...

pasal tempoh masa tu saya tahu tapi sekadar tahu jelah.. tapi lepas baca entry ni barulah faham sikit2 pasal penjualan rumah bawah 5 tahun..

smbotak said...

Biasanya bukan setakat S&P je, nak beli moto pun kita main tandatangan je. Tak kuasa nak kaji sebiji2. Dengan tulisan kecik dia, tambah lagi terma2 yang kita pun tak paham.

Pada aku, ini la gunanya kita lantik lawyer. Untuk advise benda2 remeh yang boleh jadi besar kemudian hari. Bukan setakat uruskan loan je kan.

Cetusan Minda said...

byk benda kena perhati bila nak jual rumah ... thanks info .

Pha Is said...

nice info. saya pun baru tau..

nor azman said...

Baru tahu..tq info ni..tp rumah semakin mahal dah

fadh leyanie said...

Rugi 30% banyak woo

Mrs. A said...

Kebanyakkan orang tak ambil tahu secara detail terma&syarat sesuatu perjanjian, cuma bila ada yang berhubung-kait dengan diri sendiri aje barulah sibuk gali-gali [ingatan untuk diri sendiri jugak]

ujie othman said...

Ada baiknya law camni. Sbb harga rumah skrg makin meningkat antaranya sbb spekulasi. Org yg byk duit, beli rmh..tunggu beberapa ketika dan jual pd harga yg melambung!

zulhilmitempoyak said...

haah... serius baru tahu.. huhu

Raihanah Ahmad said...

saya pun baru tau beberapa bulan ni

Kira Sakura said...

ohhh baru tau jugak terma dan syarat dia tu. banyak tu kalau 30%

afzalsukasuki said...

aku baru nak beli rumah. nak jual apatahlagi uhuk2

tiga lalat said...

nak sewa ke nak jual umah ni mak., hehe2

Sham said...

tahun depan rumah yg aku duk skang cukup 5 tahun...ingat nak jual juga...nak cari tanah kt kampung buat rumah sendri lg beshhh...

teh ramuan said...

ya
pastikan ada untung berbaloi bila nak jual rumah

alongxp dotcom said...

1st time tengok ada orang letak caption "bukan sekadar gambar hiasan".

Biasa orang sain je borang time nak baca, tak baca pon perjanjian dalam kontrak tu kan?

Nor Marshaliza Shaidan said...

Tq sharing...bnyk yg belum tau lagi rupanya....seronok baca

Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

ma ❥ said...

baru tahu gak. yang pasal bawah 5 tahun tu kebanyakkan org tahu tp lebih detail mmg tak tau hehe

Muhammad Najib Bujang said...

Memang mo jual rmh saya..nasib dpt info

Muhammad Najib Bujang said...

Memang nk jual apartment saya tu..nasib dpt info ni