Saturday, July 15, 2017

Penutup Syawal dengan Chicken Pox


Hai !

Bagaimana dengan Raya anda?
Best? Syok? Awesome? Banyak duit raya masuk? Banyak duit raya keluar? Banyak makan sate dan kambing bakar?

Alhamdulillah jika semuanya ok.


Hujung hujung Syawal ni memang banyak Open House kan. Memang syok buat plan minggu ni kemana, lepas tu ke mana. Sebab banyak sangat kan. Rasanya boleh cover keperluan hakiki waktu makan yang diperlukan dari siang sampai ke malam untuk seseorang individu normal seperti saya.


Kalau 1 hari sampai 4 biji rumah ko pergi open house tapi masih lapar, x tau la nak cakap apa.

Tapi nampaknya penghujung Syawal tahun ni tak seperti yang dijangka. Sebab time ni la saya dan Aina kena kuarantin kat umah. Dua dua kena chicken-pox !!


Rasanya macam pernah kena sebelum ni. Masa kecik kecik dulu tapi entahlah. Dah nak kena ni, redha je lah.


Belek punya belek, banyak gak Open House kena reject. Dia x nak bagi makan banyak agaknya.


Korang yang dapat undangan Open House tu eloklah pergi memenuhi undangan tersebut. Nanti dah jadi macam saya ni baru kau tahu apa ertinya kebosanan duduk rumah......


Dan tak dapat makan sate kat rumah terbuka.


4 comments:

cinta said...

Alahai.. elok sembuh chicken pox habis dh musim open house. Takpe, dh elok kang bwk org umah celebrate kat satay station pn ok je. Hee..

tiga lalat said...

mugo cepat semboh dr chicken pox tu bro., hehe2

Pha Is said...

rugi la x dapat ke rumah terbuka..
tapi saya dulu pun kna chicken pox 2 kali. tapi jenis lain2.. 1 tompok besar2, 1 lagi tompok kecik2..

Ainniah Zulkefli said...

semoga cepat sembuh dari chicken pox. selamat hari raya aidilfitri. :)