ADVERTHOLOGY

Friday, September 6, 2019

Rupa-rupanya pilihan ditangan kita sendiri


Di Bank, terutamanya ketika musim pengambilan pelajar universiti. Saya selalu melihat bakal bakal pelajar universiti ini datang bersama ibubapa untuk menyelesaikan beberapa urusan sebelum mendaftar masuk ke universiti. Antaranya adalah urusan pembukaan akaun dan pembayaran yuran.


Situasi yang membimbangkan saya selama ini adalah bilamana segala galanya seakan akan diuruskan oleh ibu atau bapa pelajar. Dari mengisi borang bayaran yuran sehinggalah memberi informasi pembukaan akaun. Semuanya diuruskan oleh penjaga. Bakal bakal pelajar universiti ini buat apa? Sibuk melayan whatsapp, facebook dan IG di handphone. Suruh masuk nombor pin ATM kad pun terkebil kebil blur ... last2 sengih tanya mak/ayah nombor apa nak masuk.


Bab asyik dengan dunia online menghadap handphone ni memang sukar dibendung dah. Bukan yang muda, yang tua pun kadangkala ralit dengan handphone mereka.


Dan pada ketika saya berfikir dan berdoa supaya keadaan itu tidak berlaku kepada saya suatu hari nanti. Saya melihat anak perempuan kesayangan saya yang berumur 6 tahun sedang ralit dengan game cooking mama, 3D Cake dan LEGO Juniors di handphone !


Apapun, masih belum terlambat bagi saya. Method didikan untuk anak di rumah nampaknya perlu diubah. 

Jika tidak, suatu hari nanti giliran saya pula yang isikan borang buka akaun untuk anak.



3 comments:

aswadz said...

aku setakat ni, belum pernah lagi bagi anak main handphone. cuma dekat laptop jela bagi tengok youtube sejam.

Ustaz Amirul said...

betol tu.. zaman berubah kita pon perlu fleksible.. moden makin pesat. nice sharing.. done follow sini. kalau rajin singgah2 la ke blog sy

Nizam.Ariff said...

Aku dah cuba kat anak teruna aku... Hmmm... Sukar utk melawan gamitan teknologi ni. Maklumlah, senjata dajjal akhir zaman, bukan mudah untuk ditolak..