ADVERTHOLOGY

Tuesday, March 31, 2020

Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan


Sejujurnya jika tidak melihat ke kaca televisyen, saya pasti tidak sedar ini hari ke berapa PKP dilaksanakan. Kadangkala saya juga kebingungan memikirkan tarikh hari ini dan hari ini hari apa.

Sepanjang PKP ini baru sehari saya ke pejabat.  Roadblock tentera dan polis. Sekali ditahan ketika pergi kerja dan dua kali ditahan ketika dalam perjalanan balik ke rumah. Sebelum sebelum ini roadblock minta lesen dan tengok road tax hidup atau tidak. Kali ini lain, tanya nak pergi mana. Mujur ada surat sokongan majikan. Saya juga berada dalam 'essential services' walaupun hala tuju bukan ke hospital. Pengalaman sekatan jalan oleh tentera juga adalah perkara baru bagi saya. Tak tahulah samada nak teruja atau takut.

Selebihnya, sepanjang tempoh PKP saya 'work from home'. Follow up tugasan melalui email dan whatsapp. Meeting melalui Zoom. Sambil sekali sekala melayan permintaan anak menyudahkan level super hard di Candy Crush. 

Kalau dulu bosan pergi kerja. Rasa syok duduk rumah. Tapi sekarang terbalik pula. Barulah saya faham, sebenarnya rasa bosan itu datang melalui kerutinan kita. Bukan kerana sukar atau mudah sesuatu perkara itu. 

Dan mungkin juga apabila kita hanya mula menghargai sesuatu apabila kita kehilangannya.

Positifnya, apa yang berlaku adalah untuk kebaikan bersama. Disebalik rasa tertekan untuk keluar, usah ragu ragu untuk terus tetap di rumah. Sentiasa kekal selamat. Untuk saya, keluarga saya, jiran saya, kawan saya dan anda.

3 comments:

Fida Z Ein said...

Ya...sama la...terus bersemangat bekerja walau di mana anda berada.. #stayathome

Ma said...

Nak cpt2 berlalu sebab bimbang akan membberi kesan pada yang susah dan x bergaji. Hmm

aizamia3 said...

Rutin harian buat saya rasa bosan tapi tidaklah sampai tak suka duduk di rumah. Dalam pantang dulu elok je tak tengok dunia luar, kenapa waktu ni nak merungut pula (merujuk diri saya sendiri) 😆