ADVERTHOLOGY

Saturday, December 31, 2011

ada apa dengan 2011


Mengimbas kembali 12 bulan kebelakangan ini ternyata penuh dengan cerita turun naiknya. 

Kerjaya yang semakin kukuh walaupun pada hakikatnya belum sampai ke tahap yang memuaskan hati. Tetapi adakalanya bersabar itu perlu dalam memenuhi cita cita. Sedikit demi sedikit saya dapat melihat masa depan yang cerah dalam industri yang saya ceburi. Untuk mencapai ke tahap yang diingini tersebut biarlah ilmu dan masa yang menentukan. 

Dari segi kehidupan, ada kelegaan apabila pembiayaan kereta sudah berjaya dilunaskan. Dan hajat untuk memiliki rumah sendiri juga sudah berjaya digapai. Cumanya perancangan apabila rumah tersebut siap pada Disember 2012 sahaja yang belum ketahuan. Sama ada terus menetap di sana, menyewakan, ataupun menjual semula memandangkan harga hartanah di sana semakin naik. Bergantung kepada situasi pada ketika rumah yang dibeli siap nanti.

Suku pertama 2011 pernah menjadi detik paling bawah dalam kehidupan peribadi saya. Gagal dalam percintaan buat sekelian kalinya membuatkan saya seperti putus harapan dalam perihal itu. Tapi selepas itu saya mula mengenal frasa 'life is more than that'. Makanya sedikit demi sedikit saya dapat mengumpul kekuatan untuk  bangun kembali untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah kerana pada akhirnya ditemukan saya dengan 'miss beautiful'. Dan diharapkan perhubungan kali ini diredai oleh-Nya dan mampu diakhiri dengan sebuah ikatan yang sah.

Harapnya segala peristiwa peristiwa besar yang dilalui sepanjang tahun ini bakal ditemukan kesinambungannya tahun depan. Dalam meredah ranjau kehidupan sememangnya akan ada turun dan naiknya yang tidak dapat dielakkan. Atas nama 'kematangan', mudah mudahan segalanya dipermudahkan dan dapat dilalui dengan hati yang tenang.

19 comments:

aamalinaazman said...

meninggalkan 2011 dgn penuh erti kebahagiaan :))

Wadi AR said...

mohon jemput kahwen nanti

zati embong said...

rasa pejam celik sekejap je da habes 1 tahun. tahun depan status jat pn da berubah. kdg2 x terfkir mcmana life selepas ni. O.o

moga tahun depan akan lebih baik.

Telor Power said...

semoga jodoh bro sama miss beautiful letak.amin..

Ayen... said...

Semoga 2012 menjadi tahun yg akan memberi lebih kebahagiaan buat awk bersama sidia,amin....klu jd tu jgn lupa jemput kwn ni,hehe...

Unknown said...

ayat2 yg superb..selamay 2012 :D

Zul De Alexis said...

semoga apa yg di kehendaki tercapai...amin..

Ayuni said...

everything will be alright if you think positive.....

Ct Aja said...

amin..happy new year....

lieynanilaz said...

selamat tahun baru...semoga impain akan menjadi kenyataan...:)

whitecappuccino said...

Pengalaman mematangkan kita..semoga jalan di hadapan semakin lurus dan membahagiakan.

Unknown said...

semoga tahun baru yg baik menanti bro...

Rain said...

rumah dah ada, kerjaya tetap, dah ada si gadis pujaan. hampir lengkap hidup..

pew pew, kad kawen bila mau edar :)

semoga 2012 ada kabahagian buat kamu!

Faaein Talip Roy said...

Selamat tahun baru delarocha..

Semoga berbahagia dengan Miss Delarocha..

hehehe.. cepat2 jemput kami dengan nasi minyak.. [^^,]

ORLANDO AHMAD said...

gagal bercinta...

adeh pedih, seksa oo.. gua ni dah berkali2

Nurarnida Sabrina said...

happy new year.

fuad ansari said...

jangan tunggu lama-lama.. nanti lama-lama, dia dikebas orang.. (gurau2) (",)

insyaAllah, mudah2an yg baik dapat segera dilangsungkan.. (",)

alexayussida said...

peristiwa 2011 dijadikan pengajaran dan titik tolak utk mencipta kenangan di thn baru

blog-tips-kurus said...

2012 nak settle down la yek? oyeayy!!

*Allah dah tetapkan; jumpa the wrong person dulu..