ADVERTHOLOGY

Friday, January 6, 2012

kemajuan teknologi hanya sia sia jika masyarakat tidak dididik untuk menghargainya

Saya fikir semuanya akan jadi mudah apabila sudah ada mesin mesin yang boleh memasukkan dan mengeluarkan duit. Kesesakan di kaunter akan berkurangan dan masa pelanggan itu sendiri dapat dijimatkan. Tetapi apabila ada antara pelanggan yang berkata 'saya tidak suka menggunakan kad sebab selalu lupa pin number' dan 'saya kurang yakin berurusan dengan mesin', maka saya sedar bahawa ratusan duit yang dilaburkan untuk membeli mesin itu nyata sia sia. Elok saja diberikan sebagai bonus kepada pekerja seperti saya yang hari hari terpaksa mengadap perangai pelik pelik pelanggan tersebut.

19 comments:

ORLANDO AHMAD said...

antara percaya pada manusia, dan mesin, elok lagi percaya pada mesin sebab die tak tau menipu

khaifaiz said...

bro kt caw. bank islam mana skang ni

My Little Diary said...

ragam manusia....

faraherda.razalan said...

Angkat tangan tanda setuju!

=p

fadh leyanie said...

org kerja bank kena bdepan dgn mcm2 ragam manusia berlainan setiap hari..haha

Telor Power said...

dunia ni memang bermacam ragam bro. kalau aku mmg sahih la guna dr berurusan orang kat kaunter.

malas nak tggu nombor giliran yg agak mcm cilake lamanya

zati embong said...

ayah jat kan,smpai skrg dia xpenah keluarkan duit dr mesin atm. mesti ma yg akan keluarkan. kalau nk bank in lg sedih, dia akan gnakan manual dr mesin. last2 driver dia la jd mgsa kena bwak dia g bank.

whitecappuccino said...

itu jawapan orang yang tahap pemikiran di takok lama, orang bagi kemudahan tak nak guna!

s a r said...

ehehe. tajuk entry sedap benar meniti di hujung lidah. :D

erm, nampaknya begitu juga dengan penggunaan int yang pada asalnya memudahkan pengguna dan akhirnya terdengar juga keluhan,
"payah bebenor nak guna online ni. borang mak oi berlampak nak kena isi.."

tu belum golongan yang buta it tu. ish ish.. kesian mereka..

:D

ewanthology said...

@khaifaiz - tak tentu bro, saya berada di mana mana caw yg memerlukan... di seluruh selangor

penjajah minda said...

aku tak suka bila time nak masuk duit kat mesin kena beratur panjang sebab orang yang paling depan try dekat 10 kali masuk duit tapi kena reject.haishh

dill said...

ohho. sabo je lah

dill.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

ah,manusia hanya tahu bercakap.tetapi bila terpaksa menghadapinya dia sendiri terkedu.

Ce'gu JAERA said...

ya, selalunya warga tua yang kurang pandai nak gunakan kemudahan tu..

tapi kan, selalunya mesin2 macam tu lah yang selalu cari hal... tu sebab pelanggan lebih prefer masukkan dan keluarkan duit secara manual d kaunter..
patutnya bank juga sediakan servis2 mesin yang lebih canggih. eheeh

Ayen... said...

Jarang dah ada manusia gitu skrg ni kot...

Unknown said...

manusia. Semuanya ada yang tak puas

Yumida said...

guna jer kredit card...xyah kluarkan cash...tp lg sakit hati bila cip atm card asyik rosak/ can't reading....huhu.....

Mariam Ismail said...

teknologi tetap tak dpt puaskn hati manusia. =)

AkuMuzikFilem said...

mungkin mereka sukakan sensasi pengalaman 'hidup'. biasa yang aku jumpa begini ialah makcik pakcik tua