ADVERTHOLOGY

Wednesday, March 7, 2012

melihat kehidupan



Beberapa minggu yang lalu, saya ditugaskan untuk ke Rawang selama 5 hari. Memilih untuk menaiki tren, makanya saya harus menaiki tren yang  paling awal di stesen UKM iaitu pada jam 6.40 pagi untuk memastikan saya sampai ke Rawang pada waktunya. Ketinggalan tren pertama tersebut bakal membuatkan saya lewat dan ada beberapa perkara seperti sarapan dan aktiviti menyedut nikotin terpaksa dibatalkan.

Usai Subuh, saya memulakan perjalanan dari rumah ke Stesen UKM dengan menaiki kereta. Setiap kali sampai di satu jalan, saya pasti akan berselisih dengan seorang pemuda yang berjalan kaki dalam keadaan tergesa gesa sambil memegang helmet. Pada mulanya agak kehairanan kerana terfikir mengapa pemuda tersebut berjalan kaki tetapi ada helmet ditangannya apatah lagi kawasan perumahan atau pejabat berada agak jauh dari tempat saya sering berselisih dengannya. Dari mana hendak kemana? Dimana rumahnya? Dimana tempat kerjanya? Pelbagai persoalan timbul.

Mungkin kerana pemuda itu mampu memiliki helmet tetapi tidak mampu memiliki motosikal dan mengharapkan ada rakan lain yang sudi memberi tumpang motosikal mereka. Mungkin juga dia sememangnya tiada motosikal dan terpaksa berjalan kaki ke tempat kerja dan mengharapkan semasa pulang nanti akan ada rakan yang memberi tumpang.

Sepanjang 5 hari tersebut saya berselisih dengan pemuda itu berjalan kaki dengan helmet yang sama. Dan setiap kali berselisih  juga saya berharap agar pagi itu tidak hujan supaya pemuda tersebut selamat sampai ke destinasinya. Ingin diberi tumpang, saya juga tergesa gesa mengejar masa apatah lagi arah haluan masing masing adalah bertentangan. Hanya doa yang mampu saya lafazkan.

Diakhirnya saya berasa beruntung dan bersyukur dengan apa yang diberi kepada saya oleh-Nya. Rezeki yang ada tidaklah seberapa tetapi masih mampu menjalani kehidupan ini dengan selesa. Dalam membanding bandingkan diri, jangan sesekali melihat yang di atas kerana takut nanti rasa cukup itu tidak pernah ada. Bandingkan diri dengan yang di bawah kerana dari situ akan terbitnya rasa syukur dalam diri.


15 comments:

Unknown said...

Hehe, I like it when you start to reflect whatever things happening in your life....setiap yang berlaku ada hikmahnya, saya suka baca cara bro huraikan pasal benda2 tu hehehe

Tinta Lana said...

Kita selalu lupa untuk berterima kasih, lagi2 hendak bersyukur dengan kurniaanNya, sebab kita sering meminta apa yg tiada. Yang ada, tidak pernah dihargai.

Wadi AR said...

macam penah nampak je lelaki tersebut

fatin said...

ada member kasi tumpang nnt agaknya..

Unknown said...

dalam satu perjalanan harian, ada macam macam cerita :)

Unknown said...

jika bpeluang tegurla dia

ghost said...

kebanyakan kita merungut sebab banyak kekurangan (termasuk aku). tapi orang lain melihat kita begitu banyak kelebihan.

penjajah minda said...

aku setuju sangat!

lieynanilaz said...

betul...kena sentiasa menunduk melihat rumput di bumi...

Syazwan Che Deraman said...

ambe plak, bila di stesen bas, selalu tengok orang susah, bapa yang bersusah payah bekerja untuk menyara anak di rumah, si ibu yang kematian suami mencari rezeki dengan menjual kaacang sebab nak sara anak dirumah.

bila kita tengok d bawah, baru rasa bersyukur.

betul kata demo tu.

have a good day.

lieynanilaz said...

betul...kena sentiasa bersyukur dengan membuat perbandingan dengan yg di bawah...

Yumida said...

alhamdulillah...anda boleh berfikir spt itu...

dill said...

mensyukuri nikmat Allah

dill.

zati embong said...

kenapa x siasat siapa laki 2?kenapa dia buat cmtu?

AkuMuzikFilem said...

setuju sangat dengan kamu.

setuju sangat dengan ghost writer