ADVERTHOLOGY
Wednesday, April 18, 2012
Jom perangi Riba !
"Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut), jika benar kamu orang yang beriman. Maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba itu) maka ketahuilah Allah dan RasulNya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa." (al-Baqarah : 278-279)
"Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat: Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah S.W.T" - tafsiran Ibnu Abbas
"Inilah ayat didalam al-Quran yang paling menakutkan" - Imam Hanifah
Dahsyatnya riba. Sehingga Allah dan RasulNya sendiri akan memerangi manusia manusia yang berpegang teguh pada Riba. Ada berani berperang dengan Allah dan rasulNya?????
Saya bukannya apa, cuma kadangkala rasa agak terganggu dengan kata kata sebilangan manusia yang mengatakan institusi perbankan Islam di negara ini sama sahaja dengan institusi yang berlandaskan konvensional.
Ketika memilih institusi perbankan yang terbaik untuk saya membeli rumah tidak lama dahulu. Kebanyakkan institusi perbankan yang menawarkan perbankan islam dan konvensional dalam satu bumbung akan mengesyorkan kepada saya untuk memilih pinjaman konvensional mereka kerana kata mereka tiada beza antara kedua duanya dan bayaran bulanan yang lebih rendah. Mujur saya juga datangnya dari industri yang sama dan mengetahui helah mereka dan kiraan matematik kabur dalam konvensional. Dan mereka tahu kiraan konvensional mampu memberikan pulangan lebih besar berbanding kiraan islamik.
Sememangnya bayaran bulanan pinjaman perumahan berlandaskan konvensional lebih rendah berbanding Islam tetapi cuba tanya mereka di penghujung tempoh pinjaman tersebut, berapa jumlah keseluruhan pinjaman yang perlu dibayar semula? Mampukah mereka memberi jawapan yang tepat? Dan tahukah anda ketidakpastian (gharar) itu adalah salah satu unsur Riba? Dengan hakikat 'base lending rate' (BLR) yang menunjukkan trend menaik, maka tidak mustahil bayaran bulanan peminjam akan bertambah pada masa akan datang dan diakhirnya peminjam perlu membayar lebih banyak dari yang sepatutnya?
Saya telah memilih pembiayaan berlandaskan syariah di Bank Islam. Walaupun bayaran bulanan agak tinggi tetapi diakhirnya saya tahu berapa jumlah keseluruhan bayaran yang perlu dibuat disepanjang tempoh pembayaran tersebut. Dan sebenarnya jauh lebih rendah dari bayaran keseluruhan hasil dari kiraan konvensional. Anda bila lagi?
Imam Malik bin Anas berkata : "Telahku membuka lembaran lembaran Kitab Allah S.W.T dan Sunnah Nabi S.A.W dan tidakku dapati (dosa) yang lebih buruk daripada riba, kerana Allah S.W.T mengishtiharkan ataupun mengizinkan perang keatasnya."
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
syukur alhamdullah, ini antara jawapan yang merungkai persoalan aku sejak akhir-akhir ni.
something to think about...and something yang sentiasa menjadi confusion among us.
mari bersihkan riba'.
TQ bro atas entri ni.. insyallah akan menyusul selepas ini...
mane2 pun ade riba skrg ni betul x?....huhu.
sy rasa.. andai pilihan sudah ada.. maka pilihlah dengan ketakwaan.. tidak lain dan tidak bukan, untuk kebaikan masa hadapan yang sebenar2 hadapan yakni kehidupan akhirat.. (",)
riba tu haram..terima kasih kongsi ilmu ini..aku pun tak faham gak kenapa negara malaysia ni terlalu open bab riba ni..
aku kecewa....mahu beli rumah tapi menurut ejen hartanah tersebut,aku masih belum layak.mean kedudukkan kewangan aku.
sigh*
Oh, sgh blog sy sbb nak suh sy dtg bace entri ini ke? Hehehehe...
Anyway, nice entry. TQ sbb mempertahankan ape yg awak cube pertahankan...
Sy hrp, sy sempat merasa perbankan Islam yg sebenar2nye di negara tercinta nie. N of cos, semoga anak cucu sy dpt merasainye - perbankan Islam yg sebenar2nye.
=D
P/S - Org tak fhm ape yg sy cube smpikan. Mrk cume nmpk luaran. Tp tak nak fahami dalaman. It's ok.
thanks atas perkongsian ini serta hadis yg menyokongnya...
Sy takde mslh dgn bnda lain kecuali servis.. Bank islam lmbt skt kot.. My 2 cent opinion.. :)
Hehe...okay...pilih perbankan Islam senang...boleh dipercayai hehehe
salam khamis bro! :D
salam kenal tuan rumah...
perkongsian yg bagus dan bermanafaat..
nice info bro...
" tinggalkanlah sisa riba ! "
sistem monetari dimalaysia ini sudah merata-rata amalan riba..
Memakan riba, keuntungan berlipat ganda, nak cepat kaya raya, hal ini diketepikan..bahaya tu. Ada saya datang ke sebuah kedai..untung pada tiap barangannya hanya kurang dari seringgit. Laris dan berpanjangan urus niaga. Lepas tu ada kedai beras 5 kilo dijual mahal, modal baru RM 12.70 sen ( harga pasaran Keningau ya ) Tq sharing bermanfaat.
entry yg sgt2 bagus untuk pengetahuan kita semua
salam alayk..
"Perbankan juga riba (back door riba"
Post a Comment