ADVERTHOLOGY
Saturday, June 23, 2012
otak tumpul, minda berkarat
Hari ini saya ke PICC untuk menghadiri Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Gred W27. Kerajaan punya. Tapi tak bermakna saya mahu berhijrah ke sektor kerajaan. Ketika mendapat emel jemputan, saya teragak agak samada mahu pergi atau tidak. Apatah lagi saya sedang berbahagia dengan kerja yang saya ada ketika ini. Semua cukup, semuanya memuaskan hati walaupun kadangkala memenatkan. Tetapi diakhirnya saya hadir juga sesi peperiksaan kali ini disebabkan beberapa faktor.
Antaranya ialah rasa keterujaan yang amat sangat kepada perkataan 'peperiksaan' tersebut. Al-maklumlah kali terakhir saya menghadiri peperiksaan ialah pada 2007 ketika tahun akhir Diploma di UiTM. Lama dah tu. Makanya saya pergi untuk merasai semula momen momen menghadiri peperiksaan walaupun satu haramjadah buku pun saya tak baca. Pensil dan pemadam pun saya pinjam member rumah punya. Kagum?
Faktor lain ialah untuk mengisi masa yang terluang di hari sabtu yang indah permai ini walaupun diakhirnya agak 'naik darah' jugak sebab parking kat PICC hampir penuh sebab ada kolej apa entah yang buat convocation day diorang kat situ pada hari ini jugak.
Dan satu lagi faktor yang paling penting dan menjadi priority target saya di dalam dewan peperiksaan itu ialah saya ingin melihat sejauh mana ketajaman fikiran saya pada ketika ini. Memandangkan subjek peperiksaan adalah mengenai pengetahuan am dan daya menyelesaikan masalah, makanya saya merasakan inilah masanya saya menguji minda saya yang sudah agak lama tidak teruji dengan soalan bertaraf akademi.
Setelah selesai menjawab 2 sesi kertas peperiksaan tersebut. Kesimpulan yang dapat saya simpulkan berkenaan dengan diri saya pada ketika ini adalah seperti tajuk di atas.
Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
semoga berjaya abang!
mana tau ada rejeki anda dgn gomen
untung dapat pencen
hewhew
bila dah lama tak hadap exam, betul tepu rasanya nak menjawab.. sensitif dengan perkataan exam.. segala macam perasaan bercampur-baur rasanya..
Hehehe...sekurang-kurangnya, exam tuh mampu mengingatkan kita tentang sesuatu gak kan?:) YM dulu beberapa kali gak attend exams SPA, hadoiii!poning pale dibuatnye...ekeke
hehe..yg tumpul ditajamkan..yg berkarat, buang jek..tak baik tuk kesihatan..(^_^)
Hehe , dah lama tak menghadap exam. Biase lah :)
exam yang boleh tahan mencabar pengetahuan am pastinya. nak nak yang kurang amek tahu pasti tercabar. eh!
haha...da lama tinggal...mmg tumpul ngan berkarat la...kena prepare lbih lg la pasni kalau nak amek lagi...
salam kenal and good luck.
mmg mengkagumkan pinjam member rumah punya..:P
tak apa2 dah usaha n tawakal ya,,,
pastiaha muhu berjaya, kerana ada juga usaha..tahniah ya
semoga berjaya ya..tawakal kerana berusaha
Salam.
Lana nak uat kesimpulan gak lah..
terasa tua bila baca entry ni,heh3
skrg 2012..last amik exam,2007..lbh kurg 5thn jauhnya..mcm tak lma..tpi..uihh..takut lak tetiba @__@
Sesuatu perkra tu, kalau ditingglkn lama2, habis jdi cmni. Bagus abgiwan,entry ni sbnrnya utk mengingatkn.
ahah.
time dalam dewan tu mesti sangat cool kan. eheh.
berkembang sikit otak tu,,hehehe
hehe..mana tahu resultnya gempak nanti
penin kapla kn bro.. cmtu laa sy rsa wktu exam ptd, lagi byk sesi, erkk...
Bgs la gembira di tempat keje..tu yg paling penting dr pencen.gomen..
keh3 sekurang-kurangnya otak yg tumpul boleh jer di asah utk tajamkan semula.. no worries...
malam yg malas untuk berkata2 :/ .. http://paripariputih.blogspot.com/2012/06/thoughts-of-day.html
semoga berjaya bro..
Count down to follower 1234...http://paripariputih.blogspot.com/2012/06/count-down-to-follower-1234.html
Post a Comment