ADVERTHOLOGY
Friday, July 6, 2012
menongkat langit
Ilmu yang ada wajar dikongsi, dicurahkan kepada yang berhak. Supaya mampu menjadi panduan kepada yang lain. Kerana ilmu itu seperti buih dilautan, tidak terhitung banyaknya. Dan kepada yang berkongsi ilmu, tidak akan terluak sedikitpun ilmu yang ada jika dikongsi dengan yang lain.
Rezeki yang ada sebahagian kecilnya bukan untuk kita, tetapi untuk yang lain lainnya. Sedekah di tabung tabung masjid mahupun anak anak yatim. Ikhlas demi sebuah keberkatan yang tidak ternilai. Belum pernah lagi terdengar perihal orang yang jatuh muflis hanya kerana rajin bersedekah.
Kudrat yang ada adakalanya bukan sekadar untuk memudahkan kerja sendiri sahaja. Menghulur tangan meringankan beban yang lain banyak manfaatnya. Apabila memudahkan kerja insan lain, InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan kita.
Demi sebuah kehidupan yang tenang dan penuh kegembiraan disamping mengumpul saham akhirat. Sesungguhnya, kita tidak menongkat langit selama lamanya.
ps: sebuah renungan untuk diri saya dan rakan rakan yang dikasihi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
26 comments:
ye betol. selamat malam encik
Assalammualaikum..
Abgiwan..terima kasih..nasihat yang baik..sangat baik...
benda yang baik perlulah kita berkongsi bersama.
ilmu yang ada pun masih tidak mencukupi .... betapa kerdilnya diri ini :'(
jangan kedekut ngan apa sahaja yang kita dapat trutama rezeki :)
sedang merenung lalu termenung...
rezeki ada-usaha.
kudrat kuat-usaha
dah berjaya-doa.bukan-lupa
thanks kawan :)
sampai bila nak menongkat ke langit kalau kedekut ya amat.. janganlah bersikap pentingkan diri sendiri.. masih ramai diluar sana yang memerlukan perhatian dan sekurang-kurangnya kita berjaya membantu meringankan beban mereka walau bantuan yang diberikan hanya sedikit cuma.
As salam... Delarocha terima kasih atas peringatan ini... isnyallah segala yg baik itu kita jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan...
paripariputih
5:47 am
6 July 2012
betul tu bro. aku pun x pernah tgk lagi org muflis di sebabkan bersedekah
terima kaseh.
salam jumaat kawan:)
jarang lu taip entri panjang...
ilmu yg penuh cuba kita ajarkan jugak kepada org lain supaya tidak kedekut ilmu . rezeki yg ada berkongsi dgn yg tiada, kudrat yg ada manfaati btl2 sebelum tiada.
TAHNIAH ZAMANI 1234 =) http://paripariputih.blogspot.com/2012/07/tahniah-zamani-1234.html
jauh aku merenung.
thanks sebab mengingatkan... :)
ye...
betul tu...kita tidak menongkat lagi selamanya
betul tu.. entri yg bagus, aisyah pun muhasabah diri juga.. thanks sudi share ya ^_^
aku respect perspektif ko bro.matured and kelas pertama.macam ni la baru boleh maju bangsa ngan negara!
alhamdulillah, kadang2 kita terlupa...adanya reminder macam ni, sama2 kita mengingatkan..thanks :)
Salam..saje singgah..cepat abgiwan,next entry,keh3.
makin banyak kita memberi makin banyak yang kita dapat
so mrila kita melabur untuk alam akhirat.. jgn kedekut..ye dak..
nice sharing ^^
deep meaning...
sedekah tiap kali jmaat pon ok
Post a Comment