ADVERTHOLOGY

Monday, July 30, 2012

menyambut ramadhan versi kampung

Masuk minggu kedua berpuasa barulah saya berkesempatan untuk menyambutnya bersama mak dan ayah di kampung halaman. Agak teruja jugak bila sampai di halaman rumah kelihatan dindingnya sudah di cat baru. Mungkin untuk persiapan raya tetapi telah dicat lebih awal sebelum bulan ramadhan lagi. Hurmm.. mungkin juga sebagai persiapan majlis menyambut menantu juga :-)


Berbuka puasa dengan juadah hasil 'air tangan' mak sememangnya jauh berbeza. Pusinglah satu bazar ramadhan sekalipun takkan ada satupun juadah di sana yang mampu menandingi kehebatan masakan mak saya apatah lagi juadah berbukanya adalah masakan 'favourite' saya. Apakah masakan 'favourite' saya? tak perlu tahu la ye, cukuplah 'miss beautiful' sahaja yang tahu. Pandai pandai lah dia belajar dengan mak saya nanti bagaimana nak menyediakannya.


Malamnya saya berterawikh di masjid kariah kampung. Solat terawikhnya 8 rakaat + 3 rakaat witir. Kesemua jemaah berjemaah hingga akhir solat. Tidak seperti sesetengah masjid yang memilih untuk berterawikh 20 rakaat + 3 rakaat witir, selesai rakaat ke-lapan pasti kelam kabut masjid dengan jemaah yang mahu meneruskan terawikh, jemaah yang mahu solat witir dan jemaah yang mahu pulang. Suasana juga lebih nyaman dan tenang sebab budak budak kat sini mana yang datang masjid tu memang jenis yang nak solat. Jenis yang nak buat bising ni awal2 lagi bapak diaorang dah halau balik.. huhuhu


Bangun sahur pulak tak perlu nak terburu buru sangat. Bila mak ketuk pintu bilik , semua juadah dah siap.Panas panas lagi. So, memang menyelerakan hingga tambah nasi lagi.. tak pernah lagi sebelum ni saya tambah nasi sampai 2 kali semasa sahur. 


Menyambung Ramadhan di kampung halaman sememangnya saat saat yang manis dan kalau boleh sepanjang Ramadhan ni nak berada di kampung. Tapi apakan daya, kerja punya pasal, terpaksalah duduk berjauhan dengan keluarga. Harapnya minggu depan tiada apa apa tugasan yang perlu saya buat pada sabtu dan ahad. So, bolehlah saya balik kampung lagi.


Dan jika ada yang mengatakan menyambut ramadhan di bandar lebih indah dan meriah, there's something wrong with u guys.... unless, kamu memang asalnya orang bandar :-)

15 comments:

a n said...

cerita lu sama ngan cerita gua la.

kita memang org kampung:)

Nurul Says said...

selamat berpuasa ;)

caliph shuriken said...

x kisah ramadhan kt mana pun asal dgn family ^^

Anisa Hang Tuah said...

indah ramadhan di kampung

pelita buluh keliling kampung

Unknown said...

wahhh, jelous nih!!!

menghitung hari nak balik kampung jugak nih.. huhuhu

p/s: isnin kan cuti Nuzul Quran. sempat rasanya kalau nak balik hari ahad. isnin gerak dari kampung pun boleh kan? hehe

jgn lupa cek reply comment ye, ada pesanan di situ.. hehehe ~~~ :)

ghost said...

masih tiada kesempatan. rasanya sehingga raya haji kot..

bukankosong said...

wah bakal menantu?

hoho

tak lama lagi makin berseri la muka mak

PemilikCahaya said...

perenggan pertama entri ni, situasinya agak sama dgn aku..haha

miranadia said...

untungla balik kampung....sobsob

takpe2, berjuang demi anak bangsa....

Wadi AR said...

amboi kemain meriah bro

Aien Not Alien said...

dah merasa berpuasa dibandar dan dikampung. ya dikampung paling indah..mak ada.

vendoline said...

ahha bgus kan.tak memekak kat masjid..ayah pakat halau balik.ehhe ni p solat trawih tp tak masuk masjid..rindu kampung tetiba aku ni

Unknown said...

kampung jugak yang terbaekkk!ekekeke

izz iizza said...

untung la orang ada kampung dan mak ayah lagi..sy ni..huhu

Tinta Lana said...

Salam abgiwan.

Saya asal org bandar..camne nih, camne nih..hahaha.

Memandangkan mak abah dah lama berhijrah keKL ni, jdi sy hanya berkesempatan menyambut Ramdhan dikampung (rumah opah) hanya pada hari terakhir puasa. Nama pun last day, bersahur pun nak tak nak je, ditambah dgn ahli keluarga yg besar.

Apa yg pastinya, mmg best kalau dapat bersahur n berbuka bersama keluarga. Mcm abgiwan ckp, saya, abah yg ketuk pintu..perlahan..kdg2 sayup2 je bunyi dia ketuk.

Semua sudah terhidang diatas meja..tinggal ngap saja baik ketika bersahur or berbuka..salunya tugas saya, ngangkat air ke meja je..keh3.

Tak tahulah smpai bila boleh merasa,melalui smua ni.. kan kan ^_^