VMS sekadar hiasan di jalan raya |
Variable Message Sign (VMS) ialah papan tanda elektronik yang berfungsi memaparkan info info terkini perihal situasi traffik, pemberitahuan jalan jalan altenatif jika ada jalan yang ditutup ataupun mengalami kesesakan di waktu puncak. Seringkali menjadi panduan kepada pengguna jalanraya untuk memastikan perjalanan mereka lebih selesa. Termasuk saya.
Kerajaan telah membelanjakan hampir 12 juta kepada Integrated Transport Info System (ITIS) untuk tujuan penyelenggaraan sejak ianya mula beroperasi pada 2004. Dalam erti kata lainnya lebih kurang 1.5 juta setahun duit duit pembayar cukai seperti saya telah dibelanjakan untuk tujuan ini.
Malangnya tinjauan terbaru mendapati hanya 30% iaitu 46 VMS sahaja yang berfungsi daripada 146 VMS yang boleh didapati di Kuala Lumpur. Soalannya :
1)Adakah VMS yang negara kita gunakan sudah ketinggalan zaman sehingga alasan yang digunakan ialah tiada alat ganti yang sesuai hinggakan ianya terus tidak berfungsi?
2)Bukankah VMS ini dibeli melalui vendor? Makanya sudah pasti vendor tersebut tahu mana nak cari alat gantinya.
3)Dan pada ketika alasan tersebut digunakan, peruntukkan 1.5 juta masih lagi diteruskan atas alasan penyelenggaraan?
4)Adakah ini semua berbaloi untuk pembayar cukai seperti saya?
17 comments:
oh.. aku tk pernah alami.. heheh. Sebab bukan duk area KL pun.. huhu.
Kadang3 cadangn kerajaan sudah baik tapi tak dgunakan sepenuhnya dengan baik...
Tu la, perasan gak.Nape la susah sgt nak repair kan?pelik.Kalo kat obersea tuh, rasanya takdelh mcm gini...huhu
vendor banyak markup!
ini tidak adil tidak adil bagi ku!
tu la kelemahan elektronik ni.hahaha yang hardboard kan senang
tpt saya xde mende ne..(^_^)
tu la....byk yg x berfungsi kt KL huhuhu....
postingan cantik dan bagus
salam kenal, ditunggu.......
banyak vendor bersikap mcm tu... rosak buat dono je
banyak vendor bersikap mcm tu...rosak buat dono je
kat NKVE ok, kat Federal ok, kat NPE ok.. kekadang tu adaler satu dua huruf yang tak appear.. sekarang tak tauler sebab dah 2 bulan lebih tak guna laluan tu.. ;)
hanya sesekali je turun K.L..
x berbaloi je bayar cukai, kalo duit tu x digunakan leklok utk pengguna cam kite ni.
tapi mujur jugak ada vms yg membantu memberi info berguna di saat kita amat memerlukannya...
mereka buat, tapi tak sepenuhnya.. sbb tu hanya 30% je yg function.. kalau camni sape nak jawab eh? apa function kita sbg pengguna?
mungkin jgak VMS yg dibeli tu btul2 ketinggalan zman shingga sukar utk cari alat ganti, erkk...
dimana kan ku cari ganti...serupa denganmuuu. oh alat ganti!!
=_=
xleh nak ckp byk...
Post a Comment