ADVERTHOLOGY

Sunday, August 26, 2012

cerita kedai kopi



gambar ehsan google, saya bukan jenis yang suka ambil gambar sebelum makan dan minum ni



Teh tarik, Teh 'O' suam dan Milo tabur. Semua dah tersedia di atas meja. Tiga sekawan memulakan bicara. Lama tak berjumpa macam macam topik keluar untuk dibualkan.

Bola sepak.

Malam tadi game best. Banyak gol terhidang. Game menghiburkan dengan kedua dua pasukan saling berbalas serangan. Striker? Beli mahal tapi berbaloi. Cuma pertahanan hampeh. Kelam kabut macam baru 1st time main bersama. Tiada persefahaman. Club kena beli defender baru kalau macam ni. Kena keluar duit lebih sikit la kalau nak menang cup.

Politik.

Janji Ditepati. Sangat cliche tapi dah dia kerajaan. Suka hati dia lah nak buat apa. Orang kalau dah tak suka, buat macam mana pun mesti ada yang tak kena. Masa mengundi nanti pandai pandailah pangkah yang mana suka. Yang penting negara aman damai dan maju. Orang atas dengan permainannya. Kita yang duk bawah ni pandai pandailah bawa diri. Nak memajukan diri bukan bergantung kepada siapa yang mentadbir negara. Bergantung kepada diri sendiri. Banyak je peluang yang terhidang depan mata. Kena rebut peluang yang ada, kena usaha.

Office.

Kerja kat organisasi yang besar ni memang macam macam jenis perangai manusia boleh jumpa. Ada yang menyenangkan, ada juga yang menyakitkan hati. Tapi nak buat macam mana? telan je la. esok esok jumpa muka tu jugak kat office. Yang penting kita buat kerja kita. Amanah perlu dilaksanakan. Barulah gaji ada keberkatan. Tuhan akan balas dengan pelbagai cara. Kita sedar atau tak sedar, itu sahaja bezanya.

Raya.

Macam biasa. Hari pertama meriah dan hari seterusnya macam biasa biasa sahaja. Dah besar panjang ni bukan masa nak kira berapa duit raya kita dapat. Tapi kira berapa bajet nak bagi duit raya kat anak anak buah. Setahun sekali je bagi duit raya. Jangan berkira sangat. Sedekah namanya tu.

Teh tarik, Teh 'O' suam dan milo tabur dah habis. Nikotin jangan cerita dah berapa batang disedut. Pergi kaunter hulur RM5.20 dari wallet. Kawan belanja. Masing masing keluar kedai kopi membawa haluan masing masing. Diluar kedai kopi. Hala tuju kehidupan ini diri sendiri yang tentukan. Sembang banyak pun tak guna. 

Dan semua cerita cerita tadi habis di situ. Hanya di kedai kopi. 

13 comments:

Unknown said...

xlepak kedai

so xamik tau

Wadi AR said...

baru tadi minum teh tarik dgn sate king di sg. kantan kajang. boleh tahan sedaknye

bukankosong said...

a ah...

kena kira budget brapa yg nak kena bagi

penangan jadi owg tua, hoho

Tinta Lana said...

Assalammualaikum abgiwan!

Hohoho..seminggu saja lagi mau bergelar suami, wahhh, cepat masa berlalu! >_<

Pasni tambah lagi satu topik kat kedai kopi - kekeluargaan,hehehe.

Part politik tu, yep, sebagai org bawah, pandai2lah merebut peluang. Undi mana2 pun, masing2 ada peel memasing. Asal tahu bawa diri sudehh.

Apapun, melepak dikedai kopi memg best. Otomatik mulut lancar nk bercerite macam2 ^_^

Zy. said...

kalau dah jumpa kawan memang banyak benda yang nak dibualkan . tak sedar pun masa yg berjalan dengan sangat laju .

Unknown said...

memang pun klu dah lepak kat kedai kopi confirm mcm2 citer akan di ceritakan dari A - z still x abis2...hahahaha...

selamat hari raya !

abang bro EL said...

yeahhh... boleh lepak SEKEJAP lepas bulan posa...

LadyBird said...

dalam byk2 isu yg org duk bincgkan tu.. lady hanya tahu isu yg last tu jerk.. yg lain2 tu tahu sikit2 jerk tuk kegunaan sendiri, bukan tuk dibahaskan.. sebab ilmu kurang lagi nih..

iKhRam said...

saya jenis lelaki yg mmg jarang nak g kedai kopi.. selalu kalau makan luar pun g makan fastfood..

ini bukan sebab salah saya, tp salah environment..
masa belajar dulu.. saya diajar melepak kat fastfood..

kedai mamak pun sekali sekala..

duit byk abis..
dan topik penceritaan pun lain...

apapun
yg sama adalah..

cerita bermula di situ
dan abis di situ..

Unknown said...

Cerita kedai kopi, mahu habis berjam-jam lamanya kalau dah open table bercerit tentang cerit kedai kopi. hehehe

akubiomed said...

Kalau sembang kedai kopi melekakan kalau layan sahaja bualan dari satu topik ke satu topik yang baru.

Syazwan Che Deraman said...

aku suka gak lepak kedai kopi, tapi dengan member yang tertentu la.
kadang tu, ada jugak bawak member lain lepak, mak aihhh, bercerita mengalahkan perempuan.

pot pet pot pet.

bosan jugak.


pasal bola sepak tu.
hang tuju chelsea ka?.

Hazard is the best!

Telor Power said...

aku suka kedai kopi layan bola live
dgn kawan2 yang kaki warung juga hehehe

seronok. topic berbual jgn cakap la...mcm2 topic keluar