ADVERTHOLOGY

Monday, August 6, 2012

kenapa kita marah?





Kita marah apabila sesuatu yang kita rancangkan tidak menjadi kenyataan. Kita marah apabila apa yang kita mahu tidak dapat dimiliki. Kita marah kerana dikritik. Kita marah kerana kita tersilap membuat pilihan. Dan banyak lagi sebab untuk kita marah.


Kesimpulannya, kemarahan itu wujud kerana kita tidak bersedia untuk menerima keadaan yang sebaliknya. Menganggap diri sempurna dan sentiasa betul hingga tidak bersedia menerima kritikan dan kegagalan. Kita tidak bersedia untuk itu.


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ~ Surah al Baqarah ayat 216.


Seperti kata Ustaz KH Abdullah Gymnastiyar didalam program Bicarawara di Astro Oasis, "Bungkuslah segala kemarahan kamu itu dan serahkannya kepada Allah". 


Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan setiap sesuatu itu berlaku ada sebabnya. Serahkan segala gala kerunsingan hati kamu kepada Allah dan nescaya ketenangan itu akan muncul.


Dalam kehidupan ini tidak semua yang kita inginkan akan kita perolehi. Belajarlah dan bersedialah menghadapi segala kemungkinan yang kadangkala tidak memihak kepada kita.

38 comments:

Anisa Hang Tuah said...

Saya kini sedang mengawal amarah

*istigfar*

ghost said...

ada juga nikmatnya bila mampu menahan amarah yang menyala.

iKhRam said...

saya juga marah...
mungkin sebab saya belum bersedia menerima..

tp saya lupa..
Allah mengetahui apa yg saya tidak tahu...

kemarahan yang bertukar menjadi kesedihan
itu lg parah dan melukakan sebenarnya..

tp saya sedar..
kia tidak kuat..
kerana yang kuat itu adalah yang maha Esa..
kerana itu kita memerlukanNya.

eLL said...

kalau tabiatnya memang marah sepanjang masa?

:P

Aimacomel said...

yeah, sebaik iman adalah org yg berjaya mengawal nafsu, nafsu amarah.. tp kdg2 terlepas jgk sbb tahap sabar tu kdgkala menipis..

azwa amani said...

belajar memahami bahawa ALlah peracang terhebat dalam kehidupan..

hanaahmad said...

Bersabarlah.

Chereta Chenta said...

trimas sahabat. sesungguhnya saya sedang berasa marah. akan cuba bungkuskan kemarahan dan serahkan kepada Allah (^_^)

~Cik Sweety~ said...

tak biasa baca entry panjang kat sini.. so saya sedang marah..

fatin said...

Kemungkinan yg berlaku merupakan ujian dr allah...

Felly Sophia said...

"Kemarahan itu wujud kerana kita tidak bersedia untuk menerima keadaan yang sebaliknya."

*angguk-angguk kepala*

Hans Hanis said...

betul
setuju
:-)

Pecinta pink^^ said...

betul tu..tak semua yg ingin kn mjadi knyataaan..bersedialah hadapi sgala kmgkinan:)

Unknown said...

bila rasa nak marah..TH akan istghtifar byk2



tp ayat ni best ""Bungkuslah segala kemarahan kamu itu dan serahkannya kepada Allah".

Unknown said...

Betul...sy selalu marah sbb tak dpt apa yang diinginkan...jadi bila kita tak dapt terima kenyataan tu, mula melenting sakan.... hurm...

Unknown said...

kita marah kerana kita manusia normal yang beremosi...tapi janganlah biarkan kemarahan itu memakan diri sendiri...

Syarifah Nadia Syed Mohsin said...

kena banyak bersabar dalam kehidupan nie..sebab tak semua macam yang kita inginkan..

izz iizza said...

marah sbb dia buat sy marah...erkk

Cikgu Ma said...

marah itu keperluan yang sedikit..bukan untuk dinyalakan..

Aing said...

kita marah sebab kita berfikiran merah.. eh*
negatif, pk all ie well..

Telor Power said...

betul juga....

menahan marah adalah HERO sebenarnya


byk2kan ber istifar bro

Ayu said...

semoga kita mampu mengawal nafsu amarah kita...

dania said...

An-nas itu mudah lupa. Sebab tu perlu selalu di ingatkan. terima kasih kawan atas ingatan.

salam perkenalan..

IntaNBerliaN said...

sama2lah kita belajarlah utk mengawal perasaan marah tu.. :-)

aizamia3 said...

berusaha untuk mengawal kemarahan agar tempiasnya tak terkena pada mereka yang tak berkenaan..

cikceriacorner said...

emm betul tu..ape2 pon bersabarla..ada hikmah disebaliknye..

Unknown said...

"Bungkuslah segala kemarahan kamu itu dan serahkannya kepada Allah" ~ insyallah inilah azam baru aku mulai saat ini :)

vendoline said...

sebenarnya kta tak sedar..apa yang dia dah bagi tu yg terbaik

Mutiara Bernilai said...

untuk setiap rasa yang hadir,
moga saja kita di beri Tuhan, kewarasan dalam menimbang..
iman atau nafsu?

--------

hm. pesan Rasul, siapa tahan amarah, dia gagah.

well, selamat menggagahkan diri! :)

laureweng said...

marah....
tu memang Lumrah manusia...
depends on individual,,dpt control atau x...

Hanie Dew said...

marah klau tak dpt kawal mmg bwk keburukan dan sebaliknya.

redha dan tawakal,mesti ada sesuatu yg baik lepas taufan dan banjir.

sea_lavender said...

org yang kuat juga adalah orang dapat mngawal sikap amarahnya.. banyak2 bersabar dan berlapang dada dlm apa jua tentu marah itu tiada :) byk kn juga beristighfar..

Tinta Lana said...

Salam.

Apa yang saya belajar setiap kali saya marah ialah, cari punca dan penyebabnya.

Tiap kali punca tu muncul dimana2 keadaan, saya dah lebih bersedia untuk berdepan dengannya. InsyaALLAH..

Unknown said...

Nurul pun jenis yg cepat marah.. :(

Unknown said...

marah marah manja takpo kan...hehe

ஜ miss klanika ஜ said...

jenis panas baran ni banyak masalah juga yg timbul jadinnya ~

khaifaiz said...

Aku pun sedang belajar menangani marah

Unknown said...

betul , saya susah betul nak marah...tapi saya selalu terkena dengan org yang sedang mara...mcm mana tu !

apa pun allah lagi maha mengetahui kan...