ADVERTHOLOGY

Monday, August 13, 2012

melencong

Dah jadi tradisi kat masjid sekarang ni, selepas solat Isyak dan sebelum solat terawikh akan diselitkan tazkirah selama 15 hingga 20 minit. Saya bukannya tidak suka cuma kadangkala tazkirah ni macam melalut sahaja. Tazkirah sepatutnya tidak terlalu lama tetapi masih padat dengan isi dan peringatan berguna kepada jemaah. Bukannya jenis syok sendiri bercerita pasal minta derma untuk surau itu, masjid ini, pusat tahfiz dan last last sekali promosi jual barang keagamaan pulak. Lepas solat nanti, jika ada jemaah yang berminat nak beli boleh jumpa kat belakang bonet kereta dia.

Jemaah yang bersemangat nak solat terawikh pun boleh hilang feel nak solat. Apatah lagi waktu tu baru je berbuka, makanan dalam perut pun tak habis hadam lagi. Tersengguk sengguk melayan mengantuk semasa tazkirah diberi kerana tidak banyak manfaat yang boleh diambil bila dengar tazkirah yang tak layak dipanggil tazkirah, tambah lagi dengan cara penyampaian yang kurang menarik.

Harapnya pihak masjid dari pelbagai pimpinan harus mengambil berat perihal ini. Jangan hanya jemput penceramah bagi tazkirah sekadar untuk memenuhi slot sebelum solat Terawikh bermula sahaja. Namun begitu, bukan semua penyampai sebegitu, ada juga yang mampu memberi manfaat dan saya akui sepanjang Ramadhan ini banyak juga tazkirah yang benar benar telah memberi motivasi dan kesedaran kepada saya dalam menjadi muslim yang lebih baik. Cuma kadangkala ada juga beberapa sesi dimana saya turut tersengguk sengguk melayan mengantuk dek kerana tazkirah yang membosankan dan mungkin juga tidak sesuai dipanggil tazkirah.

16 comments:

Kakcik Seroja said...

Sekarang dah jadi trend penceramah berceramah sambil mempromosikan jualan mereka...

Unknown said...

meneguk di air keruh ke?? adoaii

Anisa Hang Tuah said...

tazkirah yang ada selingan

Unknown said...

tumpang lalu tuan blog nak tepek cite pasal ubat pengasih

http://paripariputih.blogspot.com/2012/08/penangan-ubat-pengasih.html

Tinta Lana said...

Salam..

Ooo..kes yang tidak sesuai dipanggil tazkirah tu, boleh tukarkan istilahnya pda iklan. Iklan real punye. Time tu juge promot produk, servis n jejak derma. cewahh. hehe.

nerves said...

haha...agakla..
masjid yg paling best n ramai org bile imam solat rilek je takde tazkirah n baca surah lazim...kejap je setel..kakaka

khaifaiz said...

kene buat bantahan kt pengerusi surau.. kalu x tak sedar2 nampaknya...

Lelaki said...

masjid cuba difunfairkan...pening!

Hans Hanis said...

tu la pasal
kadang2 pelik juga
ini tazkirah ker atau mlm sebab jual produk kan
haihh
macam2

bukankosong said...

setuju!

isi & penyampaian tu yg penting, baru owg ikhlas nk dengar

Unknown said...

ini semua untuk kepentingan mereka , kita yang dtg berkobar2 alih2 keciwa !kekeke

Amir Syahir said...

jus tok guru..kopi kuat ustak..haha..

Unknown said...

Masjid kat bangi tu banyak. bukan 1 je.. tapi dira suka terawikh kat masjid kat Teras Jernang tu. Solat sentiasa bersemangat... Tazkirah pun padat-padat. :)

Myra Jay said...

Kalau kena penceramah yang syok sendiri, kita pun jadi tak bersemangat nak dengar.. Padahal ilmu agama ni memang dituntut.

penjajah minda said...

kalau jemput uai bagi tazkirah kang tak jadi terawih lak.hehe

izz iizza said...

betul tu..dan yg lebih sy x puas hati diorg (surau kt sini) duk bagi derma kt rumah anak yatim luar negara..apa rumah anak yatim kt malaysia ni dh cukup senang ker..urmmmmm