Tarikh ini sebelas tahun yang lepas saya memulakan fasa baru dalam hidup. Bekerja. Permulaan sepenuhnya dalam meneruskan kelangsungan hidup berdikari. Mencari rezeki demi mengalas perut dan sedikit demi sedikit mencukupkan keperluan asasi sepertimana kehendak manusia yang lain lain. Disepanjang masa itu sudah pasti ada pasang surutnya, turun naiknya dan hitam putihnya. Dan hal yang dulu dulu itulah yang menjadi acuan jati diri hari ini serta menjadi bekalan di masa hadapan. Kerana setiap langkahan kehidupan sudah pasti ada cabarannya dan tanpa cabaran, itu bukan hidup namanya.
9 comments:
caiyokk awk! ;)
selamat bekerja dengan jayanya. okey :))
warna warni kehidupan
walau banyak pahit...manis tetap ada
Semoga terus melangkah jauh untuk keberlangsungan hidup. :)
semoga bro sentiasa sukses dalam kehidupan. lamanya bro bekerja..:). yeah nak digelar kehidupan harusla tempuhi cabaran.
semoga terus suksesss
gambatte ne, bro ^^
Wahh cantik tarikh.. igtkan tarikh perkahwinan tadi xD
tahniah untuk itu :D
moga terus maju utk masa2 mendatang...
Post a Comment