ADVERTHOLOGY
Tuesday, November 20, 2012
harap maaf, mesin syiling rosak
Anda minat menabung? Dan selalunya anda akan menyimpan duit syiling ke dalam tabung dan apabila sudah penuh anda akan membawanya ke bank untuk dikira dan disimpan. Tetapi malangnya apabila tiba di bank didapati mesin syiling rosak !! Tensen kan kan kan.
Jangan risau, ada jalan penyelesaiannya. Perihal mesin syiling rosak tu jangan difikirkan sangat samada ianya benar benar rosak atau sebaliknya. Kerana jalan penyelesaian ada di tangan anda sendiri. Bukannya pihak bank.
Tahukah anda pada masa kini wang syiling lebih afdhal dibelanjakan berbanding di simpan di dalam tabung buluh mahupun tabung angry bird anda? Nak simpan syiling ambil masa yang terlalu lama untuk penuh. Simpan se-balang pun kalau dikira kira jumlahnya tak sampai RM100 pun. Itu pun ambil masa berbulan bulan nak penuh ye dok?
Kalau nak menabung juga eloklah kiranya mula menabung duit kertas sahaja. RM1 sehari pun dah memadai. Kalau mesin kira wang kertas di bank rosak jugak, eloklah ditutup sahaja bank tersebut. Tetapi mustahil la kalau mesin kira wang kertas pun ikut rosak jugak :-)
Wang syiling yang anda miliki boleh digunakan untuk membayar tol, parking kereta, beli minuman di vendor machine, beli barang runcit atau ketika membeli makanan. Tahukah anda kedai kedai makan Melayu dan mamak sangat mendambakan duit syiling dalam urusniaga seharian mereka? Jika tidak mana mungkin ada antara kita yang terpaksa menunggu hampir 5 minit dihadapan kaunter bayaran semata mata untuk menunggu di pulangkan wang baki 70 sen mereka. Maka, bawalah syiling secukupnya ketika anda mahu keluar makan atau membeli belah.
Gunakan syiling anda dengan bijak, jangan hanya di simpan di dalam tabung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
aku rasa tabung syiling aku dah berat.. ehehehe/.
bijak...bijak...bawak je kantung duit syiling yg macam bunjut tu kemana2. biarlah orang pandang...duit syiling kita. hehe
kedai runcit suami TH sedang perlukan syiling skg
huhu..syiling saya pun dah penuh setabung..kadang2 terguna gak syiling2 tu.Tapi betul gak kan, better lagi menabung duit rm1 setiap ari:)
tukar je ngan mamak duit syiling tu. tak payah pegi tukar kat bank. hihi
MJ suka simpan duit syiling especially RM0.50, dulu tak suka simpan, kalau ada sure akan guna terus tapi sekarang sayang dah nak guna..
Lebih suka menyimpan, saat terdesak korek tabung, tukaq dengan kedai mamak :D
stuju bro apa yang kat atas...
pernah beberapa kali hantar duit syiling kat bank... Kebanyakannya akan kurang dari kiraan yang dah dibuat di rumah... entah salah kiraan sendiri atau tak.. tak tahu la plak... semenjak tu tukar syiling di kedai sblm mskn duit tabung tu dalam akaun..
selalu duit syiling letak merata. eheh. lepas ni kena simpan leklok la
haaa Na bnyk sgt sgt sgt sgt sgt sgt duit syilinggg tp mcm berat nk dibawa ;)
mcmner ek, baru ade kesedaran nak menabung, yea la.. nak tambah bilangan ahli keluarga, heeee~ *Malu le...
saya sokong tulisan saudara ! saya sendiri amat mengutamakan penggunaan duet syiling dalam kegunaan harian . ahah
dulu masa kekecik selalu menabung duit syiling , dah penuh kira - kira apa semua , nenek bawak p kedai tukar dengan duit kertas .
ok..serius. entri ni dah beri impak besar terhadap konsep menabung aku.
#siapa mahu duit syiling? (-_-!
kdg2 dalam dompet pun tak sedar syiling dah penuh..poket jadi londeh baru sedar..haha
simpan duit syling tu.. bak kata haji bakhil.... uuuu duit lima sen klw dikumpul pun boleh beli bangalow ha ha ha ^_^
benar benar sama sekali
agaknya kalau ko tukar kat sana pun ok
btw duit kertas RM1 pun diaowg dambakannn
M mmg manfaatkan duit syiling ni sebaik mungkin.. Hi hi banyak guna tu
penuh tabung dgn duit syiling.. tp sayang tak pernah disimpan dalam bank.. terperap jer dlm tabung..
wah..nice tip..menabung duit kertas..duit syiling buat belanja..baru berbaloi..xD
asal bawa ke bank je mesin rosak .. mmg sangat tensen
hehehehhe yess bila nak keluar makan harus bawa duit syiling pecahan rm1...huhh bukan kedai mamak jek...nak beli kuih pon sama...eehhehehe
sy pengumpul syiling 1 sen, 5 sen, n syiling2 yg ada sentimental value.
now suka pada syiling 20sen n 50sen kita skng :)
*sedang mengumpul
sy juga pengumpul duit kertas yg ade sentimental value. hehe.
kalau nk tukar duit syiling baru kpd duit kertas dgn sy, boleh email ke rincatherineatgmaildotcom
sharing with <3
Post a Comment